NegeriTerengganu

Program ‘Rumah Angkat’ Bantu Mangsa Ribut

MARANG – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong mengambil tindakan melaksanakan program ‘Rumah Angkat’ bagi membantu penduduk yang terlibat dalam bencana ribut minggu lalu.

Menurut ADUN Kawasan tersebut, Ustaz Mohd Nor Hamzah, inisiatif tersebut adalah usaha Lajnah Kebajikan dengan kerjasama Pemuda DUN Bukit Payong.

“Kami hanya membantu sekadar kemampuan yang terbatas….sedikit sumbangan kewangan daripada masyarakat untuk membeli atap,

“serta (kerja membaik pulih secara) gotong-royong daripada pihak pemuda dan Jabatan Amal,” ujarnya.

Beliau berkata, para petugas berkumpul seawal jam 3.00 petang di Surau Kampung Padang Tanjung, sebelum bergerak ke lokasi rumah terbabit.

Katanya, antara yang tersenarai dalam program tersebut adalah sebuah rumah yang telah ditimpa pokok di Kampung Padang Lebam.

“kita menyediakan khidmat pembaikian dan pembersihan kawasan sekitar rumah……..rumah ini didiami oleh sebuah keluarga,

“terdiri daripada seorang ibu tunggal dan seorang anak OKU,”jelasnya ketika ditemui di lokasi pada Jumaat 27 Oktober.

Ketua Peneragan PAS Terengganu itu yang turut membantu kerja-kerja tersebut berkata, tuan rumah juga meminta supaya sukarelawan memotong dua batang pokok kelapa berhampiran dengan rumahnya.

“dibimbangi (pokok itu boleh) mengancam keselamatan mereka, jika ribut kuat berulang” tambah beliau.

Oleh itu, beliau merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi bantuan itu.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama menjayakan kerja-kerja gotong-royong ini,” katanya.

Tinjauan yang di lapangan mendapati, program ‘Rumah Angkat’ membantu masgsa rebut itu turut mendapat perhatian Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Yusuf Abdul Hadi.

Beliau dan beberapa ahli jawatan kuasanya juga ‘turun padang’ bersama-sama menyumbang tenaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️