NegeriTerengganu

Baiki Segara Jeti Runtuh dan Tangga Reput Di Kawasan Kincir Angin

BESUT – Penduduk dan pengusaha pelancongan, mahu kerajaan mengambil tindakan membaikpulih jeti serta tangga di kawasan kincir angin ‘sistem hibrid tenaga gabung empat kuasa’ di Pulau Perhentian Kecil, Besut.

Seorang nelayan, Aziz Ismail berkata,kincir angin itu yang tidak berfungsilagi untuk menghasil elektrik, menjadi tumpuan pelancong untuk mengambil gambar.

Katanya, jeti dan tangga itu telah rosak sejak tiga tahun yang lalu namun masih mebuk diperbaiki, walaupun telah dibuat laporan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“dua tiga tahu ni dah rosak……..yang rosak teruk dua tahun ni lah…….yang rosak terukya, yang terbalik tangga depan (jeti) tu…….tiga tahun dah,

“(buat laporan dah dan) dia (JKR) kata nak baiki…..tapi tak baiki lagi, mari tengok dah berapa kali tengok dah,” ujarnya ketikat ditemui.

Menurutnya, walaupun kincir angin itu tidak berfungsi dan jeti serta tangga telah ‘punah’ tapi kawasan itu tidak ditutup dan masih ramai yang bekunjubg ke situ, tanpa menghiraukan ‘bahaya’ yang menunggu.

Beliau berkata, kira-kira dua minggu lalu, beliau mendengar ada pengunjung yang telah cedera kerana terjatuh dari tangga ‘yang karat’ itu

Kata beliau, kincir tersebut dapat membekalkan elektrik tambahan tetapi ia telah rosak tidak berapa lama selepas itu.

“kincir tu tak ‘mmusing’ dah, cuma orang ambil gambar sahaja…….mula-mula berpusing dan ada lelktrik dan boleh bantu (kampung) sini la,

“TNB (Tenaga Nasional Berhad) kata nak baiki tapi tak baiki…….mungkin sebab belanja banyak…..sebab tu tak jadi baiki,” tambahnya.

Sehubungan itu, Pengurus Agensi Pelancongan, Bokhari Mansor memohon pihak berkuasa agar mengambil tindakan segera untuk membaikpulih tangga dan jeti terbabit.

Beliau melahirkan kebimbangan kerana katanya, telah berlaku kemalangan dikawasan itu, kira-kira sebulan yang lalu.

Menurutnya, seorang pelancong, Arif Aslam Bin Abdullah Kamal, 28, (Gambar atas) yang bekerja di Kota Damansara Kuala Kumpur telah patah kedua kakinya kerana kemalangan itu.

“sekarang ni masih dirawat di hospital (HUSM) Kubang Kerian di Kota Bharu……barangkali dia jatuh sewaktu menuruni tangga itu, sebab tangga itu dah berkarat,

“mungkin terjerlus ke bawah, nasib baik tidak apa-apa (tidak meninggal dunia),” katanya.

Justeru itu beliau berharap agar kerajaan mengambil inisiatif yang sesuai agar ‘Tahun Melawat Terengganu’ pada tahun tidak membawa meninggalkan ‘peristiwa hitam’ kepada sektor pelancongan di pulau peranginan yang terkenal itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️