200 Keluarga Dibantu; PAS Cakna Golongan Miskin
Oleh : Rusni Hassan
KUALA NERUS – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu sentiasa mengambil ‘cakna’ golongan miskin yang memerlukan bantuan terutama untuk menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim berkata, hampir 200 keluarga dari seluruh kampung dalam kawasan yang diwakilinya telah diberi sumbangan pada Ramadan kali ini.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) Teluk Pasu telah berjaya mengadakan program sumbangan seumpama ini yang mana ini merupakan program tahunan PAS Teluk Pasu,
“dengan sedikit sumbangan ini diharapkan dapat menceriakan mereka yang memerlukan kerana kita sedia maklum dengan kos barangan sekarang begitu mahal”, ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai majlis sumbangan Aidilfitri untuk Dun Teluk Pasu di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Teluk Pasu, pada Sabtu 17 Jun.
Menurutnya, sumbangan wang saku dan barangan keperluan tersebut adlah bagi meringankan bebanan kos keperluan untuk menyambut hari raya pada tahun ini.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Teluk Pasu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang bermurah hati menghulurkan sumbangan.
“terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan sekiranya sekirannya masih ada lagi lebihan sumbangan daripada muslimin dan muslimat, pihak MTD akan terus mengagihkan kepada mereka yang memerlukan”, kata Adun Teluk Pasu itu.
Turut hadir dalam program itu Ketua Halwa Dun Teluk Pasu Tuan Roslina Tuan Sulaiman, Ketua Kebajikan MTD Teluk Pasu Haji Sanusi Taib dan Setiusaha MTD Teluk Pasu Jusoh Ngah