Tiga Kali ‘Raya’ Tahun Ini
KEMAMAN – Kemungkinan besar, rakyat Malaysia yang berugama Islam akan bertemu dengan tiga kali ‘raya’ pada tahun ini.
Justeru itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat, mengajak seluruh warga negeri ini menukar kerajaan yang telah banyak menyusahkan rakyat.
“kita akan bertemu dengan tiga kali raya tahun ini…….hari raya Aidil Fitri, hari raya Aidil Adha dan hari pilihan raya,
“saya mengajak seluruh rakyat bersama-sama merayakan perayaan dan pada hari pilinhan raya ini untuk menukar kerajaan ‘BN GST’ yang menyusahkan rakyat kepada kerajaan yg berteraskan Islam,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Anak Yatim DUN Chukai, semalam 2 Jun.
Selain itu, kata beliau, seramai 200 orang penduduk yang kurang bernasib baik dari dua buah kampung turut diberi sumbangan.
“Sumbangan anak yatim DUN Chukai seramai 200 orang………..sumbangan fakir miskin Kampung Tengah dan Kampung Tuan…… 200 orang,
“sumbangan kepada guru-guru PASTI dan Dar at-Takwa 39serta majlis berbuka puasa di Banggol dengan orang ramai sekitar 600 orang,” ujarnya.
Beliau bersyukur kepada Allah da mengucapkan terima kasih atas sumbangan dari orang ramai yang prihatin.
“hampir RM40,000 dibelanjakan, hasil sumbangan daripada orang ramai yang ‘muhsinin’ pada hari ini…….. terima kasih kepada para penyumbang yang budiman.