NegeriTerengganu

Kawasan Silika Terengganu Dirompak?

KUALA TERENGGANU – Seluas 360 ekar tanah yang diwartakan kerajaan Negeri Terengganu mengandungi silika ‘telah dirompak’ dan diceroboh sewenang-wenangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias yang terkejut dengan penerokaan ‘haram’ itu.

“kawasan yang terletak di Rantau Abang, daripada selepas pada pesisir pantai ke darat, bermula Kampung Perpindahan Rantau Abang menghala ke Tugu Penyu itu,

“tiada sebarang papan tanda yang menyatakan kerja-kerja perlombongan sedang dilaksanakan tetapi melihat kepada suasana tempat tersebut sememangnya kegiatan haram ini sedang rancak dilakukan,” ujarnya.

Beliau mendedahkannya ketika berucap membahaskan Titah Sultan Terengganu, pada Persidangan DUN di Wisma Darul Iman, Rabu 29 Mac.

Oleh itu, Cikgu Alias menggesa kerajaan bertindak segera dengan menyiasat samada ianya berlaku pencerobohan, yang tidak dimaklumkan kepada pihak-pihak tertentu.

“kalau sudah dipohon adakah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan memandangkan silika merupakan hasil pendapatan negeri yang terbesar,

“Dalam kenyataan kerajaan pada 2012 (merujuk kepada kerja-kerja perlombongan silika di Bari, Setiu), silika tidak boleh dibawa keluar tetapi melalui masyarakat setempat,” jelas beliau.

Justeru itu beliau berharap ianya direalisasikan dengan mendirikan kilang di kawasan tersebut untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Sebelum ini, Cikgu Alias juga memberitahu pihak media, daripada hasil lawatannya sebanyak dua kali serta maklumat masyarakat setempat, kerja-kerja mengorek tanah mula disedari sebelum Tahun Baharu Cina yang lepas.

“tanah ini, katanya tanah SEDC, dan diusahakan syarikat cina nampaknya,

“Lawatan kali kedua, tiada apa-apa lagi tetapi proses kerja itu ada, cuma nya seolah-olah palung, untuk, tak taulah cara-cara mana. Pasir itu hendak ditapis tetapi adalah palung, jalan untuk keluar,

“sebahagiannya telah pun, agaknyalah untuk dikeluarkan, hasilnya silika ini,” tegasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun.

Beliau menambah, hasil maklumat orang kampung, pasir yang digali ini, mengandungi silika dan akan diangkut ke Kemaman untuk diproses di Perwaja Steel. yang telah tutup itu,

“ Sebelum ini saya tanya adakah silika ini hendak diangkut dengan lori untuk dibawa ke Kemaman melalui jalan yang sedia ada, orang kampong kata tidak,

“dia ada satu laluan dan sekarang ianya telah diratakan dan di tambun” jelas beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️