PAS Sanjung Peranan Pasukan Keselamatan
SETIU – PAS menyanjung tinggi peranan pasukan keselamatan itu dalam mencegah gejala jenayah dan gejala tidak sihat dalam masyarakat.
Yang Di Pertuanya, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, PAS bersama-sama polis dalam mencegah mungkar dan membuat kebaikan.
“kita bersama pasukan keselamatan khususnya polis itu dalam mencegah gejala tidak sihat dalam masyarakat seperti jenayah berat, pecah rumah, dadah, rempit dan lain-lain sepanjang masa.
“kunjungan ini adalah salah satu dari program tahunan kita (PAS), meraikan dan menghargai pasukan polis,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sewaktu mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, di bandar Permaisuri di sini pada Ahad 26 Mac, sempena meraikan Hari Polis ke-210
Menurutnya, PAS sebagai sebahagian daripada komuniti utama masyarakat sentiasa terbuka untuk sebarang kerjasama demi kebaikan dengan pihak polis.
Dalam perkembangan yang sama, pada sebelah petangnya, PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit turut meraikan anggota Balai Polis Batu Rakit
Pengerusinya Ustaz Mohamad Nazari Alias bersama anggota Majlis Tindakan DUN menghadiahkan kek sebagai tanda meraikan ‘Hari Polis’
SM Tengku Mohd Abu Bakar Sulaiman bersama beberapa orang anggotanya, menerima kek itu.