Muslimat Seru Hulur Bantuan Kepada Sauji
Oleh : Salwana Ghani
MARANG – Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru semua pihak menghulurkan bantuan kepada Pengarah Jabatan Amal Terengganu Sauji Rashid yang musnah seluruh rumahnya dalam kebakaran.
Bendaharinya Dr. Che Faridah Ismail berkata mengucap takziah kepada beliau sekeluarga atas musibah yang menimpa pada dua hari lalu.
“bagi pihak DMPM saya mengucap takziah kepada Sauji dan keluarga atas musibah yang berlaku, kita harap beliau sekeluarga bersabar dan tabah dengan ujian Allah,
“kepada rakan-rakan sahabat serta sesiapa sahaja, zahirkan simpati kita dengan sama-sama membantu setakat yang termampu agar keperitan yang menimpa dapat diringankan,” kata Che Faridah ketika Sauji di Kampung Temala Hilir, Pengkalan Berangan, semalam 16 Januari.
Beliau berkata dan berdoa, Allah akan menggantikan gantikan dengan rezeki yang lebih baik atas kesusahan yang dihadapi Sauji.
Dalam kejadian pada hari Sabtu, rumah Sauji telah rentung seluruhnya, dalam kebakarang yang berlaku pada jam 12 tengah hari itu.
Isteri Sauji, Puan Siti Karinah Jusoh, 32, tetap bersyukur, walaupun kehilangan semua harta benda, namun tiada sebarang kemakangan jiwa.
“syukur alhamdulillah, masa kejadian semua bersekolah dan saya hendak pergi mengambil anak yang balik dari PASTI,
“(jam) 11.45 pagi saya keluar rumah dan balik jam 12.15 tengahari………dalam masa setengah jam habis segalanya dalam sekelip mata,”ujar beliau.
Sementara itu, Sauji yang ditemui berkata, beliau baru pulang dari membuat laporan di balai polis tentang kejadian itu.
“saya baru balik dari balai polis, alhamdulillah dah selesai buat ‘report’ dan ambilsurat dari Jabatan Bomba untuk menyelesaikan segala dokumen yang terbakar,
“terima kasih kepada semua yang sudi ziarah dan menyumbang,” kata Sauji.
Menurutnya, buat masa ini, beliau sekeluarga menumpang tinggal di rumah ibu mentuanya berhadapan denan rumah beliau yang musnah.