117 Keluarga DUN Pengkalan Berangan Terima Sumbangan Banjir
Oleh : Ahmad Faizal Ghani
MARANG – Proraram ziarah kebajikan pasca banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan telah menziarahi 117 rumah keluarga yang dilanda musibah itu.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) tersebut, Ustaz Sulaiman Sulong mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat dalam ‘ziarah’ tersebut.
“Alhamdulillah, kita telah elawat dan menyampaikan sumbangan kepada 117 keluarga yang dilanda banjir dan mengagihkan sumbangan kepada mereka,
“program ini mendapat sambutan yang baik dari keluarga terbabit dan ucap terima kasih kepada semua pihak, penderma dan para petugas,”ujarnya ketika ditemu semalam.
Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang itu, kunjungan para pemimpin PAS tersebut menandakan sikap prihatin dan kebersamaan dengan warga yang terlibat, dalam susah atau senang.
Turut serta dalam program yang dianjurkan bersama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Marang ialah Ketua Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Dr. Azman Ibrahim.
Beliau yang juga Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu berkata, membantu masyarakat adalah tanggungjawab yang mesti ditunaikan secara berterusan, walaupun diluar musim banjir.
Beliau berharap, sedikit sumbangan tersebut, dapat menerbitkan rasa insaf dan syukur terhadap ujian yang diturunkan Allah kepada mereka yang terbabit dengan banjir.
“Walaupun banjir sudah surut, tanggungjawab menyantuni masyarakat yang ditimpa musibah banjir berterusan di semua lokasi,
“samada kepada mangsa banjir di kawasan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Hulu Dungun dan pada petang ini di Pengkalan Berangan ini, atau di luar musim banjir,”tegasnya.
Tambah beliau, sekalipun mangsa banjir semua sudah pulang ke rumah dan kediaman mereka juga sudah dibersihkan dari selut dan lumpur, tentunya mangsa banjir memerlukan pertolongan.
“sebahagian besarnya (yang terbat banjir adalah) penoreh getah, pekebun kecil dan bekerja sendiri (yang) memerlukan sedikit masa untuk kehidupan,
“dan (sehingga) kerja-kerja mencari rezeki pulih seperti sediakala,”jelas beliau.
Yang Dipertua PAS Marang Haji Yahaya Ali turut sama dan menyampaikan sumbangankepada warga Pengkalan Berangan.