NegeriTerengganu

Hakisan; Segerakan Peruntukan, Elak Khazanah Jadi Sejarah

KUALA NERUS – Kerajaan persekutuan digesa meluluskan segera kelulusan peruntukan yang dipohon oleh kerajaan negeri Terengganu bagi mengawal hakisan pantai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim Abdul Karim berkata menggesa pembinaan pemecah ombak diluar pantai perlu disegerakan bagi mengelakkan khazanah pantai Terengganu hilang.

“kita harap pihak ‘federal’ menyegerakan kelulusan untuk kita membina ‘offshore breakwater’ supaya kakisan ini dapat terkawal,

“dan (kerana) kita bimbang khazanah pantai negeri Terengganu akan hilang dan kita harap kerajaan serius, (walaupun) kita faham (kerajaan hadapi) kemelut ekonomi dan kekangan kewangan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ir C. Poobalan meninjau kerja-kerja mengawal hakisan di pesisir pantai Tanjung Gelam dan Mengabang Telipot pada Selasa 13 Disember.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berharap, masalah hakisan itu menjadi keutamaan kerajaan untuk diselesaikan.

Sebaliknya kata beliau, sekira ia tidak diambil tindakan dalam masa terdekat, hakisan tersebut akan menjadi ancaman kepada keindahan pantai Terengganu.

“isu-isu seperti ini perlu diutamakan berbanding dengan perkara-perkara lain, yang sepatutnya diselesaikan dengan kadar segera dan tidak berlaku jangkitan hakisan ke lokasi-lokasi yang lain,

“jadi pemuliharaan pantai yang masih berbaki perlu ditangani segera lebih serius, begitu juga pada pihak kerajaan Terengganu,

“saya harap pihak kerajaan Terengganu juga memberi perhatian serius untuk melihat keindahan pantai Terengganu tidak tenggelam daripada (menjadi) sejarah,”tegasnya.

Menurutnya, perjumpaan dan perbincangan tersebut turut melibatkan beberapa orang nelayan di kawasan itu bagi untuk memberikan pandangan secara terus kepada JPS.

https://youtu.be/G5eAPVPXodo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️