Alhamdulillah, Jenazah Adik Megat Ditemui
MARANG – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun yang lemas selepas dipercayai bermain bersama dua lagi rakannya di Sungai Buaya di Bukit Payong di sini, lewat petang semalam 7 Disember, telah ditemui hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan syukur dan berdoa semoga Allah menerima rohnya sebaga ahli syurga.
“Alhamdulillah, jenazah Megat Nazmi bin Megat Azam……umur 12 tahun, yang lemas di Sungai Buaya, Bukit Payong (semalam),
“pada pagi ni ditemui…….semoga Allah meletakkannya dalam syurga Naim…..Inna lilllah wainna ilaihi rajiun,”ujarnya.
Beliau yang hadir bersama pasukan mencari dan menyelamat di lokasi kejadian, berkata demikian sebaik jenazah tersebut ditemui pagi ini, Khamis 8 Disember.
Berdasarkan maklumat penduduk sekitar, mangsa, Megat Najmi Asraf Megat Mohd Nizam dikatakan berada di kawasan berkenaan bersama rakannya itu kira-kira jam 7 malam, pada Rabu 7 Disember.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, Penolong Penguasa Bomba, Suriati Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.10 malam lalu bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya operasi mencari dan menyelamat dijalankan termasuk dengan menggunakan bot bagi menyusuri sungai tersebut untuk mencari mangsa.
“Operasi mencari disertai anggota bomba dan penyelamat dari Wakaf Tapai, Kuala Terengganu dan Kuala Berang itu turut mendapat bantuan agensi lain termasuk polis dan akan dijalankan sehingga mangsa ditemui,” katanya.