NegeriTerengganu

Pemergian Jiji Kehilangan Kepada PAS Jabi

Oleh : Shafira

SETIU – Pemuda PAS Jabi daripada cawangan Gong Dasar, Mohd Azizi Alias atau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Jiji telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalanraya kira-kira jam 7.15 Juamaat malam.

Arwah Jiji disahkan meninggal dunia  pada tengahari Sabtu 27 Ogos, di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kelantan.

Timbalan Yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim telah hadir menziarahi bagi pihak PAS Terengganu di runahya pada petang Sabtu.

Beliau merakamkan ucapan takziah dan simpati yang sangat mendalam atas pemergian Pemuda PAS Jabi, Almarhum Mohd Azizi Alias.

“Bagi pihak PAS Terengganu, kami merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada isteri arwah, keluarga dan seluruh sahabat handainya.

“Sama-sama kita berdoa mudah-mudahan rohnya ditempatkan oleh Allah S.W.T bersama para solihin dan kita mengenali arwah Jiji,

“atau Mohd Azizi sebagai seorang pemuda yang banyak memberi sumbangan dan komitmen kepada kerja-kerja perjuangan Islam di DUN Jabi khususnya di Gong Dasar,’kata Dr Azman, yang juga Pengerusi Majlis TindakanDUN Jabi.

Tambah beliau lagi, kehilangan Almarhum Mohd Azizi Alias merupakan satu kehilangan yang besar bagi PAS di Jabi,”Semoga Allah menempatkan beliau bersama dengan para solihin, In Sha Allah,”

https://youtu.be/eDCVDteLLfk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️