Dakwah Melalui Hiburan Mendidik Hati Mengenal Allah
Oleh : Che Ana
KUALA NERUS – Lajnah Dakwah Kesenian dan Kebudayaan bersama Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Muslimat KualaNerus telah berjaya menganjurkan Program Street Dakwah Dikir dan Zikir di Pantai Teluk Ketapang Sabtu lalu.
Ketuanya, Ustazah Juyariah Ibrahim selaku pegarah program tersebut berkata, “Melalui alunan lagu dan senikata indah yang memuji Allah dapat mendidik hati lebih mengenali diri sebagai hamba Allah dan tanggung jawab sebagai muslim yang sebenar ,”.
Di samping persembahan nasyid dari kumpulan SeedRain, beliau berkata, risalah isu semasa dan risalah dakwah cara menutup aurat sempurna juga diedarkan.
“Masalah keruntuhan akhlak remaja muslim hari ini amat membimbangkan, pergaulan bebas muda mudi tanpa batasan dan gaya pakaian yang tidak memenuhi tuntutan syariat hingga terjerumus kepada kemaksiatan yang lebih besar mesti dielakkan dan di atasi,
“Rentetan dari kami mengambil inisiatif untuk mengedar risalah berkaitan mampu menghindarkan mereka dari perkara yang tidak diingini,”jelasnya.
“Walaupun ada audien tak nak terima risalah yang kita edar… tu perkara biasa ….. kita yang tugas edar risalah ni tak yah lah berdukacita, seorang yang menolak ramai lagi yang hulur tangan yang menyambut,”ujar beliau lagi.
Katanya, ppa yang diharapkan program begini, sedikit sebanyak dapat memberi manafaat kepada semua pengunjung yang hadir di tapak Pasar Petang itu.
Beliau bersama Muslimat Kuala Nerus akan meneruskan program tersebut pada masa akan datang bagi memberi ingatan dan kesedaran kepada masyarakat.