NegeriTerengganu

Rintihan Nelayan 1; Pihak Berkuasa Perlu Turun Dan Siasat

SETIU – Golongan nelayan atau digelar sebagai ‘Orang Ke Laut’ di negeri ini, merupakan kelompok penting dalam masyarakat, yang membekalkan keperluan ikan dalam kehidupan seharian rakyat.

Namun begitu, setelah 60 tahun negara merdeka, mereka masih disisihkan dari arus pembangunan dan terhimpit dengan pelbagai tekanan.

Kemudahan asas bagi mereka mencari rezeki juga tidak lengkap dan setiap hari mereka mereka menghadapi risiko kehilangan nyawa.Menurut Pak Mat Kassim, 78, muara Sungai Setiu di Merang yang sering cetek memberikan kesukaran kepada nelayan kecil untuk turun ke laut.

“Saya jugok nelayan yang tidak berkecimpung lama, dah tua doh. Tapi apa yang saya pandang. nelayan ini tidak dapat pembelaan yang sewajarnya.“Terutama sekali pendaratan kualalah bukan setahun……..puluhan tahun doh, rakyat sungguh puluhan tahun, bukan setahun, tapi puluhan tahun doh,”ujarnya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, dalam Parlimen Setiu.

Beliau mengeluh, katanya, Kuala Merang, pintu keluar masuk nelayan ke laut, masih tidak jadi sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat.

“Kuala Merang adalah satu kuala yang nelayan boleh tumpang cari makan dan perlancongan pun boleh tumpang cari makan. Dan kerajaan patutnya ambil berat, kerana kedua-dua mata pencarian ini sumber rakyat hidup di tepi pantai.

“Jadi kalaulah keadaan kuala itu, nelayan kadang boleh keluar retek, dan kadang tak boleh keluar, sedangkan mereka boleh keluar tiap-tiap haripun ekonomi mereka tidaklah baik,

“apa lagi sebulan boleh keluar dalam dua minggu dan dua minggu tidak boleh keluar kerana air ‘ cakap’ (air cetek) dan sebagainya tentulah nelayan, masih berdepan dengan masalah kemiskinan,”kata beliau.

Beliau kesal, selama 60 tahun negara sudah merdeka dan kita memerintah, nelayanlah tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Kalau boleh lesen, taukeh-taukeh hok 3, 4 (orang yang) kaya (dapat), hok bangsat-bangsat boleh gok hok perahu-perahu kecil sahaja.

“Dan saya semasa muda dulu nak lesen, tak dapat, kena bangkit je, bakpe mung dok ambil dengan taukeh 4, 5 tu baru boleh. Kalau tidak tiada kuota, yang tak dok kouta, tapi hok kaya-kaya semua boleh lesen. Hok bangsat tak dok kouta.

“Ini satu benda yang kita hairan.Pemimpin pulok macamana nak membela rakyat, nak menjaga rakyat, rakyat mana, dia nak jaga,”ujarnya lagi.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat miskin dikalangan nelayan miskinlah yang memberi sokongan kepada kerajaan sehingga boleh memerintah Malaysia.

Tetapi, nelayan jugalah golongan yang ketinggalan dari arus pembangunan dan pembelaan dari kerajaan.

Beliau menggesa, mana-mana pemimpin pada hari ini , agar ‘membuka mata’ dan turun melihat keadaan pengkalan nelayan di Kuala Merang.

“Jadi tolonglah nelayan ini. Inilah orang yang memerlukan pertolongan, nelayanlah yang memerlukan pertolongannya. Oleh itu saya mengharapkan, pemimpin membela nelayan dan petani, mereka ketinggalan arus pembangunan.

Rakannya Jusoh Muda, 65, menyokong pendapat Pak Mat Kassim dan menyifatkan kemudahan yang disediakan kepada, makin sehari, semakin merosot.

Sebab itulah, kata beliau hasil tangkapan semakin berkurangan dan pendapatan mereka semakin terjejas.

“Dan kuala (Sungai Merang) tu saya minta dengan besar hati, orang atasan siasat Sungai Merang betul-betul, nak buat macamana , ‘time’ tak boleh tubik, sampai seminggu dok leh tubik, air kecik.

“Sebab (apa) kampong lain, dia boleh buat, (tapi) sebab apa Sg. Merang dia dok leh buat. Sebab (kalau) perlanconganpun maju, nelayanpun maju,”soal beliau.

Selain itu, katanya, terdapat ketidakadilan dalam agihan duit imbuhan sara hidup nelayan RM300 sebulan.

Beliau berkata, mereka yang betul-betul ‘ke laut’ tu tak dapat, tetapi yang tak ke laut tu dapat.

“sebab apa (apa jadi begitu) saya tanya Jabatan Perikanan dia siasat dok? Sebab ramai ramai yang tak dapat, orang yang betul-betul nelayan.

“Saya dok kata ke orang lain, anak saya sendiri, tiga kali buat kad nelayan , tak lulus, tapi ke laut, ke laut dengan saya, saya sain (tanda tangan) borang, sebab lesen atas saya, dia awok saya, tapi dok dapat jugok, dok lulus,”keluh beliau.

Beliau benar-benar memohon pihak atasan agar menyiasat perkara tersebut.

“Macamana orang atasan buat, mintak tolong dia mari, siasat di kampung, tengok betul-betul kalau dia nak beri sara hidup orang kelaut, mari siasat betul-betul, jangan pilih kasih.

“Macam (tu juga) subsidi, gitu jugok, saya tak pernah boleh, perahu ke, enjin ke, ke laut 40 tahun doh, lebih lagi,”tegasnya.

https://youtu.be/tdsX8-pJJB4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️