NegeriTerengganu

PAS Bukan Pembangkang ‘Membuta Tuli’

MARANG – PAS tampil sebagai sebagai pilihan terbaik kepada masyarakat sebagai sebuah organisasi dan parti politik yang bukan membangkang secara ‘membuta tuli.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, PAS memperbaiki kepincangan pemerintah dengan menegur kesalahahan dan memberikan cadangan penyelesaian.

“Jadi hari ini jugak, muslimin muslimat kita berhadapan pertembungan dengan strategi dan taktik yang perlu kita hayati bersama, yang perlu kita laksanakan dalam masyarakat supaya masyarakat, rakyat memahami bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) ini.

“PAS adalah sebuah parti, adalah sebuah organisasi, adalah sebuah jemaah yang tampil dalam masyarakat bukan untuk membangkang seluruhnya agenda yang dilaksanakan oleh parti pemerintah (kerajaan),

“tapi PAS tampil dalam masyarakat untuk membaiki kepincangan-kepincangan yang ada, seumpama contoh, kita bukan tidak bersetuju 100% dengan perlaksanaan tol di LPT2 tetapi kita mempersoalkan kenapakah dalam keadaan kerajaan negeri membelanjakan sebegitu banyak duit rakyat negeri Terengganu yang disebut sehingga RM1.8 billion,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka DUN Pengkalan Berangan di PASTI Mercang, pada Jumaat malam 15 Julai.

Malangnya kata beliau, kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Umno berkata, rakyat Negeri Terengganu tidak mempunyai satu kuasa ke atas hak untuk menyatakan duit yang dibelanjakan oleh kerajaan sebanyak 1.8 billion itu.

“Apakah peranannya (Fungsi) kepada rakyat negeri Terengganu? Apakah hasilnya yang menjadi penduduk asal negeri Terengganu?

“Ini yang kita persoalkan, ini yang kita kemukakan supaya kerajaan (agar) mengambil satu pendekatan yang bersungguh-sungguh untuk memastikan hak kita ini tidak sewenang-wenangnya digunapakai oleh kerajaan persekutuan,”tegasnyaDalam masa yang sama meminggirkan kita sehingga kita terpaksa membayar tol yang begitu mahal, yang dibuat kira-kira bahawa kalau buat perjalanan pergi dan balik kita memerlukan bayar tol dalam lebih kurang RM100.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️