PAS Besut Bersedia Hadapi Pilihan Raya Dengan Kekuatan Yang Lebih Baik
BESUT – PAS Kawasan ini bersiap siaga menghadapi suasana politik yang tidak menentu di negeri Terengganu dan bersedia menghadapi mana-mana pilihan raya degan kekuatan yang lebih baik.
Yang DiPertuanya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak bergantung dengan kelemahan musuh dan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, PAS Besut membina kekuatan dalaman dan hubungan dengan masyarakat dan situasi politik mutakhir memberikan ‘input’ yang lebih baik.
“Kita bersiap siaga dan bersedia dalam sitausai yang ada, walau pun (begitu) kita tidak menumpang kelemahan masalah dalaman BN dan kerajaan yang ada pada hari ini dalam membina kekuatan dalam dan huungan dengan masyarakat,
“sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam BN itu ia memberikan input yang lebih terutamanya persepsi masyarakat terhadap perkembangan politik yang berlaku,
“in sha Allah kita akan terus bekerja fengan lebih baik dan berdepan dengan musuh dalam pilihan raya dengan kekuatan yabg lebih dariapa (pilihan raya) yang lepas,”jelasnya.
Ustaz Wan Azhar berkata demikian ketka ditemui pada Majlis Jamuan Sempena Hari Raya PAS Kawasan Besut di hadapan bangunan PAS Kawasan pada Ahad, 10 Julai.
Bercakap tentang sambutan orang ramai kepada Majlis yang diadakan, beliau bersyukur kerana kehadiran pengunjung lebih ramai berbanding majlis yang sama pada tahun lalu.
“saya tengok sambutan lebih baik dari tahun sebelumnya dengan kehadiran yang ramai termasuk dari kalangan masyarakat Cina dan Siam,
“harapan kita pada masa hadapan masyarakat terus memberi maklum balas yang lebih baik dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan juga kepada ‘Perantau’ ang hadir agak ramai pada tahun ini,”ujarnya.
Menurutnya, selain meraikan majlis, anak-anak Besut di perantau turut menyediakan dan menyampaikan 51 ‘hamper’, hadiah bagi menghargai pengorbanan guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
https://youtu.be/LWJK1Dfat4o