NegeriTerengganu

Aktiviti Pengalihan Pasir; Penduduk Bimbang Hakisan Merebak

SETIU – Fenomena hakisan pantai yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah amat membimbangkan dan ianya terus menghantui penduduk di Kampung Mengabang Bakung, Batu Rakit.

Kebimbangan itu dirasai oleh penduduk akibat dari kegiatan mengambil pasir pantai oleh mereka yang tidak di kenali.

Menurut seorang penduduk yang enggan di kenali kegiatan pengambilan pasir pantai itu telah di jalankan beberapa bulan yang lalu untuk projek bandar baru Kuala Nerus.

“dah lama jugak mereka ambik pasir……..keadaan pantai sudah teruk………jentolak besar pun ada di pantai tu……boleh kata tiap-tiap hari pasir di angkut. ..kita takut jadi macam kat Tanjung Gelam je macam baru-baru ni,” menurut penduduk yang enggan di kenali.

Pendangan yang sama turut di luahkan oleh seorang wanita yang tinggal di kampung Mengabang Panjang bersebelahan tempat pengambilan pasir di pantai kampung Mengabang Bangkung itu.

“sekarang musim panas..tengok nanti bila musim hujan dan berangin…air laut naik..hakisan berlaku lah…habislah rumah kat kampung ini pun kena juga nanti” katanya dengan nada yang cukup merisaukan.

Tinjauan  Buletin Online mendapati tiada papan tanda projek dan ianya boleh membawa kepada kerosakan alam sekitar yang teruk dan ianya perlu di kawal sebelum menjadi satu lagi tragedi bagi penduduk berhampiran.

Sementara itu Pengerusi Dun Batu Rakit, Ustaz Mohamad Nazari Alias ketika di temui juga melahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang berlaku.

“kita berasa amat dukacita dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi ianya berlaku berhampiran dengan sekolah berasrama penuh Integrasi dan berhampiran dengan kampung,” katanya yang mahu pihak bertanggungjawab dapat menangani perkara tersebut sebelum segala yang tidak di duga berlaku.

Kebimbangan Ustaz Nazari juga disokong oleh seorang lagi penduduk.

“sebelum ini sudah ada aduan secara individu di PTG (Pejabat Tanah dan Galian),tetapi tidak ada lagi tindakan…kita pun tidak tahu nak buat apa” katanya yang tidak mahu identitinya di dedahkan dan beliau juga memaklumkan bahawa pasir yang di ambil akan di bawa ke projek bandar baru Kuala Nerus dalam jangka masa dua ke tiga tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️