NegeriTerengganu

Dasar Kerajaan Umno-BN Menyusah Dan Mencekik Leher Rakyat

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Kerajaan Barisan Nasional hari ini, meluluskan pelbagai dasar yang menyusahkan dan mencekik leher rakyat dengan sewenang-wenangnya, seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPPA) dan kenaikan tarif letrik.

Yang terbaharu, kata Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia ialahialah Program Dwi-Bahasa (DLP) adalah sebenarnya bala Allah keatas rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasioanal sebagai pemerintah.

“Macam macam bala yang menimpa rakyat dari GST , TPPA dan yang terbaru ni DLP dan kita tanggunglah akibatnya jika kita memangkah kerajaan yang zalim,” jelas Dr. Che Faridah Ismail.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah TPPA dan Isu-Isu semasa peringkat DUN Sura di Bangunan DUN Sura pada Isnin 18 April.Beliau oleh itu, beliaunmenggesa rakyat menolak kerajaan Umno dan Barisan Nasinoal yang sazlim itu.

“Sepatutnya setiap apa yang kerajaan nak buat kita sebagai rakyat perlu tahu agar anak cucu kita tak tanggung ni semua, bukan anak cucu kita je,

“anak cucu mereka juga nanti akan tanya apa yg kita buat, kenapa kita tak halang pemerintah zalim,” tegas beliau.

Che Faridah menjelaskan bahawa TPPA yang ditandatangi oleh pemimpin negara kita tidak difahami dan dimaklumkan keada semua rakyat.

Beliau mendedahkan, ia adalah perancangan dan cubaan Amerika Syarikat masuk ke negara kita tanpa halangan, dan PAS menentang sekeras-kerasnya ‘penjajahan’ bentuk baru itu.

“TPPA merupakanperjanjian yang tak seimbang yang akan memberi kesan kepada semua sektor, termasuk sektor pendidikan,

“ekonomi juga sosial dimana negara kita akan dijajah dan inilah dinamakan ‘Penjajahan Alaf Baru’, ” tambah beliau di majlis yang turut dihadiri isteri ADUN Sura yang juga AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun, Hajjah Roslina Harun.

Siri Ceramah TPPA dan Isu-isu Semasa anjuran Lajnah Penerangan Dan Hubungan Media, Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun peringkat DUN Sura ini, bertujuan memberi penerangan dan pencerahan khususnya kepada kaum wanita yang mana ‘undi wanita adalah undi penentu satu-satu DUN atau Parlimen.

Sebelum ini ceramah serupa telah diadakan di DUN Bukit Besi dan DUN Rantau Abang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️