NegeriTerengganu

Kita Tunggu Dan Lihat!

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar oleh ADUN Barisan Nasional (BN) sendiri, menggegarkan sidang hari kedua sidang Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13.

Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan ia umpama pepatah Melayu, ‘air yang tenang jangan disangka tiada buaya’.

Katanya, Umno pernah mengkhianati PAS sehingga kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jatuh.

“Dulu kita pernah dikhianati sehingga kita jatuh semasa memerintah Terengganu, sekarang tak mustahil UMNO Terengganu juga akan jatuh akibat dari tidak puashati (sesame sendiri),

“kita pembangkang tunggu dan lihat. Buat kerja kita sebaiknya, Istiqamah dan amanah dengan mandat yang di beri rakyat masa pilihanraya, jangan sesekali kita tinggal Bukit Uhud semata mata terpukau dengan harta dunia,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan penghargaan kepada para pelajar cemerlang peringkat DUN Wakaf Mempelam di sini, pada petang Selasa 8 Mac.

Seramai 6 orang pelajar, 3 peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2 orang terbaik Sijil Tinggi Agama (STAM) dan seorang mendapat keputusan tertinggi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) menerima sijil dan sumbangan masing-masing.

Salah seorang penerima, Abdul Hadi Yasing, merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Wakaf Mempelam.

“terima kasih kepada YB (Haji Wahid) yang meraikan kejayaan kami……….. In shaa Allah saya akan terus berusaha supaya lebih cemerlang,”ujarnya,

Program itu turut di hadiri oleh Pengarah MTD Haji Radzali Abd Ghani dan ahli-ahli jawatankuasanya serta Muslimat DUN Wakaf Mempelam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️