DUN Tepoh Lancar Kelas Tuisyen Percuma
KUALA NERUS – Pusat Khidmat PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh dengan kerjasama NGO Tepoh Care telah berjaya melancarkan Kelas Tuisyen Rakyat yang dibuka secara percuma untuk murid darjah 3 hingga 5 di beberapa kawasan di dalam Tepoh.
ADUNnya Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata, program pendidikan tersebut bagi meyokong pembelajaran di sekolah melalui matapejalaran terpilih yang ditawarkan.
“Tuisyen ini merupakan ‘pilot project’ yang diperkenalkan di dalam kawasan Tepoh. Ia bersifat sokongan untuk anak-anak meminati matapelajaran yang ditawarkan.
“Tiga matapelajaran yang ditawarkan iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Matematik. Sebagai peringkat permulaan, kami perkenalkan tuisyen ini di dua lokasi iaitu di Madrasah Darul Falah, Pengkalan Maras dan di Surau Muttaqin, Kg.Padang Air,”ujarnya ketika ditemui seleas pembukaan sidang DUN pada Isnin.
Katanya, sambutan sangat menggalakkan deengan sejumlah 60 orang pelajar telah mendaftar pada malam pertama.
Menurutnya, konsep tuisyen tersebut, walaupun percuma tetapi pihak pengurusan memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam usaha meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran dan yakin dapat melonjakkan keupayaan penguasaan matapelajaran yang ditawarkan.
Beliau berkata, pelancaran program tersebut amat sesuai dengan keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu masakini.
“Penubuhan ini amat bertepatan ekoran kemelut hidup dan himpitan ekonomi yang dialami oleh semua rakyat,
“Sebilangan ibubapa tidak memiliki keupayaan untuk menghantar anak masing-masing ke tuisyen berbayar,”tambah beliau