Akui Janji Akan Mengundi Umno Sebagai Syarat Untuk Dapat Rumah Adalah ‘Melampau’
HULU TERENGGANU – Syarat mengikrarkan akujanji akan menyokong Umno dan mendaftar menjadi pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir bagi mendapatkan rumah yang dibina kerajaan adalah sesuatu yang ‘melampau’.
ADUN Manir YB Hilmi Harun berkata tindakan sebegitu tidak selaras dengan gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang dibawa oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.
“rungutan rakyat tentang PAKR Batu Hampar yang masih berbaki, bahawa orang PAS tidak dibenarkan duduk di situ,
“sebab dia ada aku janji, diakui sendiri oleh orang yang terlibat……aku janji untuk mengundi Umno dan membawa masuk anak beranak serta saudara mara untk mengundi Umno di (DUN) Manir,”jelasnya.
Katanya tapisan pemilihan rumah tersebut adalah tertakluk kepada penyelaras Umno DUN Manir.
Menurutnya, dalam Umno Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) lebih berkuasa melebihi kerajaan dan Menteri Besar.
“dengan dasar TTB (yang dihebohkan oleh Razif) macam tak selaras (sebab) dalam Umno ni JKKK lebih berkuasa daripada kerajaan,
“saya ada beberapa kes (individu) yang telah dapat pengesahan (dapat tawaran ruamh) daripada Wisma Darul Iman,
“saya mesej kepada MB sendiri (tapi) sampai sekarang taka da jawapan, MB jawab kita akan tengok…..setakat itu sahaja,”ujarnya.
https://youtu.be/UleCxRoTbeU
Bagi kes-kes tersebut, tegasnya, beliau mempunyai bukti surat pengesahan dan gambar pemohon yang lengkap.
Beliau mengkritik dasar kerajaan Umno Terengganu yang mencampurkan politik dengan kebajikan rakyat.
“aku janji begitu (adalah sesuatu) yang melampau……sepatutnya (kerajaan) tidak libatkan politik dengan isu-isu kebajikan rakyat,
“kita semua rakyat Terengganu tak patut dibuat begitu,”katanya lagu.
Walaupun begitu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS itu yakin,denga usaha-usaha yang dilakukan oleh jentera PAS, akan mengekalkan sokongan rakyat untuk piliha raya umum akan datang.