NegeriTerengganu

Muslimat Hargai Usaha Gigih Warga Madrasah Dar Al-Falah

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA NERUS – Madrasah Dar Al-Falah, Wakaf Tengahdekat sini, adalah sebuah sekolah rendah Islam yang diasaskan atas usaha gigih PAS DUN Tepoh yang memulakan pembelajarannya pada sesi persekolahan awal Januari 2016.

Mudirnya, Ustaz Ayub Yusuf berkata, pengambilan pertama tahun 1 yang terdiri daripada 23 orang pelajar iaitu 13 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan.

“(kami bermula) dengan 4 orang tenaga pengajar,”terangnya sewaktu menyampaikan taklimat kepada rombongan Lajnah Pendidikan, Dewan Muslimat PAS Kawasan ketika berkunjung ke sekolah tersebut pada Ahad, 6 Mac.

Sehubungan itu, Pengerusinya Tuan Roslina Tuan Sulaiman (gambar kanan – paling kanan)  yang mengetuai lawatan muhibbah ke sekolah tersebut berkata, tujuan lawatan itu adalah untuk memberi sokongan moral kepada warga pembangunan Madrasah Al-Falah.

“Kami, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus ingin melahirkan rasa kagum dan bersyukur dengan tindakan PAS DUN Tepoh yang berjaya mewujudkan sebuah sekolah,

“yang membolehkan ibubapa membuat pilihan untuk menghantar anak di sini selain dari Sekolah Darul Taqwa dan kami mendoakan agar sekolah ini terus berjaya di masa akan datang”,jelas Tuan Roslina yang juga Timbalan Ketua Muslimat Kuala Nerus.

Rombongan tersebut turut menyampaikan sumbangan hasil derma orang ramai untuk meneruskan usaha murni sekolah itu kepada Ustaz Ustaz Ayub Yusuf.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, merangkap Ahli Lembaga Pengarah Madrasah Dar Al-Falah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️