NegeriTerengganu

Peranan Ibubapa Mantapkan Perjalan PASTI al-Husna

Oleh : Zulshawal

DUNGUN – Kejayaan sesebuah istitusi pendidikan bukan hanya terserah kepada tanggungjawab pihak sekolah semata-mata. Kesediaan dan komitmen daripada ibubapa pelajar memainkan peranan penting bagi memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada.

Pengerusi Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) PASTI Al Husna AMBS, Jamel Hamzah Abdul Manan menambah, ibupada perlu mengikuti setiap perjalanan yang berlaku dipasti dengan cara melibatkan diri dengan program-program yang telah disusun. Selain itu ibupada disaran selalu bertanya khabar dan bersua dengan guru-guru pasti agar mereka mendapat maklumat pertama secara terus.

“Peranan ibupada amat jelas, mutu pendidikan dan kejayaan sekolah pasti bukan hanya terletak pada bahu ahli jawatankuasa pasti dan guru semata-mata. Ia menjadi tanggungjawab bersama. Jika terdapat permasalah pihak ibupada boleh bersama memberi bantuan dalam pelbagai bentuk. Dan yang pastinya ukhuwah antara kedua pihak menjadi lebih akrab,”ujar Jamel Hamzah ketika ditemui dalam Program Sukaneka Pasti Pra Tahfiz Al Husna.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ibupada yang hadir pada hari ini, dan lebih membanggakan dengan sikap ‘spoting’ ibupada sudi mengambil bahagian dalam acara sukan yang melibatkan mereka,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Zulkifli Yusof selaku Pengurus Pasti Pra Tahfiz Al Husna mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakan hari sukaneka ini.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak terutama ahli jawatankuasa Pasti, JIBG, UPU AMBS, Pemuda dan Muslimah AMBS serta semua ibupada yang terlibat menjayakan program ini. Tidak dilupakan kepada para penyumbang dalam bentuk kewangan, tenaga dan buah fikiran.

“Saya mengharapkan agar semangat yang ditonjolkan pada kali ini dapat mengeratkan hubungan sesama kita, terutama antara pihak pengurusan Pasti Al Husna dan ibupada,”ucap Zulkifli setelah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sehubungan Jamel berkata, tujuan program hari ini juga adalah untuk persediaan kekuatan dan minda pelajar bagi menghadapi Hari Sukan Pasti Kawasan Dungun yang dijangkakan berlangsung bulan depan.

Jelasnya, Pihak guru hari ini akan mengesan bakat-bakat sukan yang ada, dan seterusnya membuat pemilihan bagi sesi latihan yang insyaallah akan dijalankan dalama masa terdekat,’ tambahnya lagi.

“Program sukaneka kali ini melibatkan penyertaab untuk semua pelajar 4 hingga 6 tahun. Dan sebanyak 11 acara untuk pelajar telah dipertandingkan. Untuk acara kaum ibu pula, 2 acara telah diadakan dan 2 acara berasingan pula untuk kaum bapa. Pihak urusetia juga menyediakan acara sukan untuk bekas pelajar Pasti Al Husna.

“Rata-rata ibubapa yang yang dijumpai memuji acara yang diadakan dan berharap agar lebih banyak program yang melibatkan hubungan antara ibubapa dan guru,”ujar beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️