Muslimat Ajak Bersantai Ke HIMPUN dan HIMAD Sempena Cuti Sekolah
DUNGUN – Dewan Muslimat PAS Dungun menjemput dan mengajak seluruh warga Dungun khususnya dan ahli serta penyokong PAS seluruh negeri Terengganu, untuk hadir beramai-ramai ke program HIMPUN dan HIMAD.
Ketuanya, Hajjah Khairiah Mokhti berkata, orang ramai berpeluang untuk mengenali PAS secara lebih dekat melalui himpunan tersebut yang akan diadakan selama tiga hari.
“program HIMPUN dan HIMAD yang diadakan pada 10 hingga 12hb Mac ini bertempat di depan Shell Batu 5, Dungun,
“Program yag berlansung selama 3 hari itu adalah bertujuan untuk memasyarakatkan PAS dan memberi peluang (kepada orang ramai) untuk mengenali PAS dengan lebih dekat.
“program pelbagai acara ini, telah disediakan untuk semua golongan masyarakat, dan ia pasti meriah,”jelasnyaAntara acara Muslimat dan Ameerah, kata beliau adalah, Pentomen Palestin dan Pentas Anak Muda.
Selain itu, katanya, para pengunjung akan menerima hadiah-hadiah menarik dan lumayan melalui acara cabutan bertuah, disamping membuat kebajikan dengan derma darah serta mendapatkan rawatan perubatan secara percuma.
“cabutan bertuah (diadakan) disepanjang pgram tanda penghargaan kami kepada pengunjung yang sudi datang dan khusu kepada wanita muda,
“kami datangkan tokoh-tokoh pemudi yang masih muda tapi berjaya membina perniagaan sendiri, dan mampu mengekalkan ciri-ciri wanita solehan dan mukminah,”tambahnya.
Beliau berkata, HIMPUN dan HIMAD yang dianjurkan pada musim cuti sekolah memberi eluang kepada seluruh warga Terengganu untuk ‘santai’ bersama keluarga ke bandar Dungun.
“datang lah beramai-ramai………. sambil bersantai bersama keluarga ke program HIMPUN dan HIMAD kerana aktiviti ini diadakan bertepatan dengan musim cuti sekolah,
“jadi jom bawak anak-anak bersama ke prgram kami HIMPUN dan HIMAD,”katanya.