Setelah ‘Berbuih Mulut’ Mengadu Ke JKKK!
KEMAMAN – Setelah ‘berbuih’ mulut mengadu kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), memohon bantuan untuk membaiki rumahnya, akhirnya Mohamad Sufiyuddin Said mengadu kepada waki rakyat PAS.
Menurutnya, rumah milik emak mertuanya yang kini tempat beliau seisi keluarga ‘berteduh’ sejak enam tahun yang lalu, rosak akibat rempuhan air banjir deras, yang melanda pada tahun 2013.
“rumah ni asal rumah mak mertua, sekarang saya duduk dengan isteri dan anak sejak 6 tahun lalu, rumah ni senget di bahagian bilik dapur akibat ditolak air deras waktu banjir besar 2013.
“rumah ni tenggelam dalam 10 kaki masa banjir tu,”ujarnya yang berusia 28 tahun dan bekerja di sebuah kedai perkhidmatan tayar kereta di bandar Chukai, di sini.
Sehubungan itu ADUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, kerja-kerja gotong royong bermula pada 29 Februari lalu dengan permulaan, menambun ‘bag pasir’, bagi menutup lubang air bertakung kesan banjir.
“gotong royong mula pada Isnin 29hb………….. bermula dengan menambung bag pasir bag menutup air yang bertakung dan separuh rumahnya senget akibat terjahan air banjir,
“kemudian kerja-kerja memasang ‘kayu 2×5’, mengangkat semula rumah tersebut dan meletakkannya diatas tiang simen,”ujarnya.
Beliau gerkata demikian ketika ditemui selepas membantu para petugas sukarelawan PAS melaksanakan gotong royong di rumah Safiyuddin, berhampiran hotel Sapura, Banggol Kiri, Chukai.
Seramai sepuluh orang petugas pusat kidmat DUN Chukai bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja baik pulih yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM5,000.
Justeru itu, beliau mengharapkan pihak berkuasa peka dengan kesusahan dan kesengsaraan rakyat, setiap waktu dan ketika, demi berkhidmat untuk rakyat.
“bukan hanya ketika saat pilihan raya saja rakyat didahulukan………..in sha Allah PAS akan membantu rakyat yang kesusahan dan alangkah tidak manisnya disaat bandar Chukai Kemaman yang kononnya ‘gah dengan pembangunan,
“dan malam nya disinari dengan cahaya lampu bergemelapan tetapi ada lagi rakyat yang tersepit dalam kehidupan mereka,”jelasnya.