NegeriTerengganu

Hentian Bas MBKT; Peniaga Tolak Cadangan Pindah

KUALA TERENGGANU – Rata-rata peniaga yaag mencari rezeki, menjalankan usaha mengumpulkan pendapatan bagi menanggung kehidupan keluarga mereka, di Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT), membantah cadangan kerajaan yang meminta mereka supaya berpindah.

Antara mereka yang ditemui ialah seorang peniaga emas, Mohd Majdan Abd Ghani, yang menolak cadangan kerajaan yang meminta mereka berpindah dari premis itu.

“(saya) sudah 30 tahun berniaga di hentian bas MBKT ini. Stesen ni sudah 24 tahun dan saya dah berniaga ikut emak saya sejak umur enam tahun,

“saya tak setuju untuk berpindah, kalau boleh kerajaan perbaiki apa-apa yang perlu, jangan roboh semua,”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, sewaktu pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Terengganu, mereka diberitahu bahawa keselamatan barang-barang perniagaan ditempat perpindahan tersebut tiada jaminan,

Sedangkan kata beliau, tempat sekarang selamat bahkan ada pengawal keselamatan yann menjaga,

“itu pun berlaku juga pecah masuk, kalau di sana nanti tak tahulah saya (apa yang akan terjadi),”katanya.

Beliau berkata, peniaga diarah berpindah segera, selepas hari raya eidul fitri yang akan datang sedangkan proses perpindahan itu melibatkan kos dan ditanggung oleh peniaga.

“Kalau kedai emas (macam saya ni), perlu sewa kren untuk angkat peti besi,”jelasnya yang menambah, pada mulanya, dengan peruntukan RM14 juta untuk ubahsuai, MBKT mahu manambah baik keadadaan dengan mamasang pendingin hawa dan lain-lain.

Namun sebaliknya, kata beliau,dalam mesyuarat yang diadakan bersama para peniaga dengan MBKT, mereka dimaklumkan bahawa stesen bas tersebut akan dirobohkan sepenuhnya.

Manakala seorang pengusaha kedai jahit yang mengenalkan dirinya sebagai Pak Alang berkata, tapak perpindahan baru amat tidak sesuai.

“tapak tersebut tidak sesuai dengan peniaga seperti kami, kami bukan menentang pembangunan, tetapi pembangunan yang hendak dibuat perlu mengambil kira banyak perkara,

“saya bukan anti pembagunan cuma kita kata dari segi standard kita keadaan ekonomi kita hari ini. Kalau dia ‘renovate’ harga akan naik dari tak ada ‘aircond’ kepada ada ‘aircond’ tak kan kita nak bayar harga sama?,”soalnya

Beliau yang telah memulakan perniagaan di premis tersebut sejak stesen bas tersebut beroperasi melahirkan kebimbangan dan tidak yakin dengan keadaan ekonomi semasa.

Beliau berharap agar kerajaan menangguhkan pembangngunan naik taraf Hentian tersebut dan meneliti apakah bentuk pembinaan yang sesuai kerana katanya, banyak bangunan yang dibina masih kosong.

“Kita tengok bangunan sebelah ni (Paya Bunga Plaza} kosong , (kos pembinaan) RM400 juta lebih , pasal apa tak buat benda-benda (usaha memajukannya)?’

“Hok ni boleh gerak sikit (yang ini, stesen bas MBKT boleh maju sikit), ni ada yang tak gerak terus , ni patut hok tu dulu (kena ambil usaha menangani yang bermasalah itu dulu),”saran beliau.

Katanya, beliau bercakap atas pengalaman dan bukannya ‘bercakap kosong’ dan ‘teori’semata-mata.

Beliau meminta pihak kerajaan melihat kepada keadaan beberapa premis yang tidak berkembang maju seperti dan mempunyai masalah, serta membandingkan dengan keadaan perniagaan di Hentian itu.

“Senario pada hari ni Pasar Cabang Tiga , Bukit Puteri , City Square , City Plaza macamana keadaan? Pasal apa kita nak gitu lagi? (adakah kita nak ulangi keadaan tersebut),

“Sekurangnya hari ini (kami di sini) bolehlah cari makan,”tambah beliau

Kerajaan negeri telah mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM14 juta bagi menaik taraf Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kerja-kerja pengubahsuaian hentian bas yang beroperasi di persimpangan Jalan Masjid Abidin dan Jalan Syed Hussin itu dijangka akan dilaksanakan awal tahun depan.

“Kerja-kerja naik taraf yang dilaksanakan ini akan menampilkan konsep sky bridge (jejantas) bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, di samping meniktikberatkan dan menjaga aspek keselamatan terhadap orang ramai.

“Perkembangan itu sejajar perancangan kerajaan negeri ke arah pembangunan pusat bandar raya yang bermula dari Paya Bunga Square sehingga membawa kepada empat kilometer kawasan sekitarnya sebelum digerakkan ke seluruh bandar raya,”katanya.

Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Malam Gala Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) 2015 sempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) pada 6 Disember lalu.

https://youtu.be/_uRMloOHD68

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️