Muslimat Tepoh Bersih Masjid, Sumbang Telekung
Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA NERUS – Muslimat DUN Tepoh mengambil inisiatif mengadakan gotong royong membersihkan Masjid untuk memastikan setiap kemudahan dan prasarana tempat tumpuan masyarakat terpelihara.
Menurut Ketuanya Puan Zainun Ali, masjid dan surau menjadi pilihan utama kepada para musafir untuk solat dan rehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
“Memandangkan masjid terletak di tepi jalan besar, sudah tentulah, ianya menjadi tempat persinggahan ramai, untuk solat, bersihkan diri dan banyak lagi,kalaulah tempat ni kotor,
“tentulah menyusahkan orangramai,jadi tujuan kita buat gotong royong ni adalah satu sebabnya nak beri keselesaan kepada orang-orang bermusafir ini,
“Sudahlah mereka penat kerana perjalanan yang jauh, disamping tu kita juga menghadiahkan telekung sembahyang kepada pihak masjid untuk memudahkan muslimat yang singgah untuk bersolat,”ujarnya.
Beliau berkata demikianketika ditemui selepas membersihkan masjid Jamek Tok Jiring pada Khamis, 31 Disember.
Puan Zainun yang juga Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, menyampaikan sumbangan itu kepada Ketua Muslimat PAS Terengganu yang merupakan isteri kepada Pengerusi Masjid terbabit.