NegeriTerengganu

Van Wakaf Batu Rakit Masih Perlukan Dana RM 32,000

KUALA TERENGGANU – Anak-anak dari kawasan Batu Rakit dan sekitarnya memulakan hari pertama persekolahan semalam, Ahad, dengan sebuah van baru, yang lebih selesa.

Pengerusi Dana Van Batu Rakit, Zakaria Embong, mengucapkan syukur kepada Allah kerana dapat membeli sebuah kenderaan baru, serta mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.

“Alhamdulillah pada pagi ini van sumbangan dari tuan dan puan telah memulakan perkhimatan mengangkut murid sekolah agama dari Batu Rakit dan sekitarnya ke Sekolah Darul Takwa Batu Enam,

“terima kasih kepada semua para penderma yang telah menyumbang dan yang akan terus menyumbang untuk pembelian van itu,”ujarnya.

Menurutnya, kenderaan baru itu dibeli bagi menggantikan van khidmat lama yang diwakafkan untuk kegunaan orangrama sebelum ini, telah terbakar pada 31 Oktober 2015.

Katanya, van yang ‘kita’ beli itu bernilai RM 72,000 sebahagiannya dibayar melalui kutipan derma orang ramai sebanyak RM 40,000.

Oleh itu, beliau merayu sumbangan orang ramai bagi melunaskan hutang yang masih berbaki senyak RM 32,000.

“apa yang ingin saya maklumkan dan merayu kepada para dermawan ialah kita telah berjaya mengutip sejumlah RM40.000 dan masih memerlukan RM32.000 bagi menjelaskan baki tertunggak untuk pembayaran dalam masa terdekat.

“Derma boleh disalurkan melalui akaun bank BIMB No. Akaun 13062010006511,”jelasnya.

Beliau berjarap semua pihak yang prihatin dapat membantu dan terus menyumbang serta mendoakan segala pemberian yang telah dan akan dibuat, mendapat keberkatan Allah dan menjadi amal jariah kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️