NegeriTerengganu

DUN Wakaf Mempelam Prihatin Kebajikan Pelajar

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Sesi baru persekolahan bagi tahun 2016 yang akan bermula beberapa hari lagi, menjadi keresahan kepada ibu bapa yang mempunyai anak ramai.

Rata-rata penduduk bandaraya ini, bercakap tentang keadaan ekonomi tidak menentu tahun hadapan dengan kos sara hidup tinggi semakin mencengkam.

Harga semua barangan keperluan persekolahan yang meningkat adalah satu beban yang sangat dirasai oleh seluruh masyarakat menjelang tahun baru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, kerajaan masih gagal menangani masalah ekonomi dan kemiskinan rakyat.

Peruntukan bantuan dan agihan zakat masih tidak mampu mengurangkan kesusahan yang dialami oleh golongan anak yatim dan fakir miskin.

“rakyat…….antaranya yang miskin dan anak-anak yatim sangat terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang…….dengan perlaksanaan cukai GST, nilai ringgit Malaysia yang merudum,

“Kita mahu anak-anak ke sekolah dengan gembira, paling tidak keperluan asas persekolahan mereka di penuhi……kita tak mampu beri banyak, tetapi sedikit yang kita sumbang besar bagi mereka yang amat memerlukan” kata Haji Wahid ketika menyampaikan ucapan program ‘Back To School’ di sini pada Rabu 30 Disember.

Sehubungan itu, Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kuala Terengganu Haji Salleh Abdullahberkata, DUN Wakaf Mempelam merupakan DUN terakhir di parlimen Kuala Terengganu yang menganjurkan program tersebut.

Semua DUN lain telah melaksanakannya beberapa hari sebelum, dengan harapan PAS dapat merasai dan berkongsi bersama keperitan hidup rakyat.

“kita mahu berkongsi dengan masyarakat tentang keperitan mereka, apatah lagi mereka yang bergelar anak yatim, tiada ketua keluarga dan Adik beradik ramai,

“sedikit sumbangan itu paling tidak dapat meringankan beban mereka,”ujar Haji Salleh Abdullah

Menurutnya, seramai 80 orang penerima sumbangan dan hampir 40 orang ibu bapa yang hadir pada program tahunan tersebut.

Seorang penerima bantuan yang merupakan anak yatim Mohd Zahin Abdul Karim, 12, yang kematian ayahnya tahun mengucapkan syukur dan berterima kasih atas pemberian tersebut.

“saya bersyukur dan berterima kasih (kerana) dapat sumbangan ini, dan dapat membeli keperluan sekolah saya, terutama kasut dan buku sekolah, yang sudah tidak dan sudah buruk,” kata beliau ketika ditemui.

Seorang bapa, Mohd Saat Hussin, 50, yang bekerja sebagai buruh kasar berkata sumbangan tersebut dapat menambahkan pendapatan beliau yang menyusut kerana musim tengkujuh.

Beliau berkata, dengan bantuan peralatan yang diberi, dapat mengurangkan perbelanjaan beliau menghadapi persiapan awal persekolahan anak-anaknya.

“musim hujan pendapatan buruh macam saya agak kurang, dengan sumbangan (yang saya terima) ini dapatlah saya belanja untuk daftar masuk anak saya sekolah,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️