Tindakan Pantas Pemuda Elak Kebakaran Merebak
SETIU – Penyelaras Pemuda Dun (PPD) Batu Rakit meneruskan program tahunannya dalam menyuntik dan membentuk semangat kepada para remaja untuk terus menjadi generasi yang bertanggungjawab menurut acuan Islam.
Ketua Pemudanya Ustaz Shafizi Ismail berharap kem yang di anjurkan setiap tahun itu dapat melahirkan pemimpin masa hadapan yang tinggi kesedaran dan keprihatinan dalam meningkatkan kehidupan manusia bertunjangkan aqidah.
“kita sebagai orang Islam, remaja harus memainkan peranan dalam menjadi pelapis dan mewarisi perjuangan Islam ini,”tegasnya di hadapan hampir 100 orang peserta semasa merasmikan Kem Smart Muslim.
Kem motivasi sempena cuti persekolahan itu yang dihadiri para remaja berusia 12 hingga 17 tahun diadakan selama 2 hari 1 malam di Markas Tarbiyyah Wakaf Tengah.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Ustaz Shafizi yang juga Timbalan Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah menziarahi mangsa kebakaran pada Rabu lalu, di perumahan Mengabang Lekor, di Batu Rakit.
Mangsa bencana terbabit, Mazuddin Muhammad, 37, memberitahu, kejadia berlaku ketika mereka sekeluarga tiada di rumah dan hanya mengetahui kejadian setelah di hubungi oleh jirannya.
“bila sampai di rumah api dah tak ada…………jiran-jiran dah padamkan” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori yang tinggal 6 beranak di rumah kos rendah itu.
Menurut saksi yang juga Jawaratankuasa Pemuda PAS Cawangan setempat, Mohd Riduan, kejadian tersebut berpunca dai kebocoran gas memasak.
“saya bersama beberapa jiran yang menyedari kebakaran berlaku, Alhamdulillah………telah berjaya memadamkan api di rumah Mazudin yang berpunca dari kebocoran gas,
“kami padamkam dengan membuka air dari tangki bahagian atas rumah mangsa,”jeas beliau.
Ustaz Shafizi ketika di temui berharap agar mangsa atau lebih di kenali sebagai Che Din tabah dalam menghadapi ujian yang di hadapi dan mengucapkan terima kasih pada pada Pemuda PAS.
Katanya, tindakan pantas para pemuda itu telah mengelakkan kebakaran dari merebak ke kawasan perumahan kos rendah tersebut serta menyelamatkan harta benda, bahkan nyawa penduduk setempat.
“inilah semangat kejiranan yang perlu ada dan semangat keberanian pemuda pas ini patut menjadi contoh pada yang lain” ujarnya setelah menyampaikan sedikit sumbangan bagi mewakili MTD Batu Rakit.
Beliau berharap orang ramai dapat menghulurkan bantuan ke dalam akaun Maybank PAS DUN Batu Rakit 563064113270 dalam meringankan kos kerugian mangsa yang dianggarkan kira-kira RM20,000.
Hadir sama ialah Ketua Lajnah Kebajikan DUN Batu Rakit, Adnan Omar dan Ketua cawangan Mengabang Lekor Haji Mohamad Hussin.