Skuad Khidmat Malaysia Hulu Terengganu Dilancarkan
Oleh : Nasrun Abdullah
HULU TERENGGANU – Majlis Tjndakan Dewa Undangan Negeri (MTD) Telemong melalui Lujnah Kebajikannya telah melancarkan Skuad Khidmat Malaysia khususnya bagi menghadapi banjir
Majlis pelancaran yang di adakan di perkarangan Surau Kg Pauh, bermula dengan solat hajat dandisempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.
Beliau mengingatkan supaya jentera Khidmat Malaysia yang terdiri dari Skuad Cakna Masyarakat(SCM), Jabatan Amal Malaysia, Ameerah, Papisma, Yayasan Amal, Briged Muslimat, Kelab 4×4 diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi membantu masyarakat menghadapi musim tengkujuh.
Katanya, di Kawasan ini, Telemong adalah antara DUN yang luas terlibat dengan banjir kerana melibatkan 18 buah kampung.
“DUN Telemong paling terkesan oleh banjir pada tahun lepas, antara kampung terlibat adalah kampung Matang, kampung Kepah, kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping, kampung Gerdong, kampung Basong, kampung Kuala Jeneris, kampung Nibong, Kampung Paloh Nyiur, kampung Bukit Tadok, kampung Tapah, kampung Kemat, kampung Pelandang, kampung Padang Setar, kampjngg Durian Bador dan kampung Sekayu.
“Jadi kita harap semua agensi dan jabatan dalam PAS agar bersiap sedia menghadapai sebarang kemungkinan pada tahun ini,”ujarnya.
Turut dilancarkan sama adalah “Dana Cakna Rakyat” yang akan digunakan bagi membantu mereka yang ditimpa musibah ini.
Menurutnya, sebarang sumbangan sila hubungi terus Ketua Kebajikan ditalian 0199923555
Sehubungan itu, Ketua Kebajikan PAS Hulu Terengganu Mohd Safari berkata ia sangat penting bagi membiayai operasi Khidmat Malaysia peringkat Kawasan memandangkan para petugas terpaksa meninggalkan kerja harian mereka bagi menumpukan usaha membantu mangsa banjir.
“sumbangan amat penting bagi kami kerana disini terdapat mereka yang telah lama tidak dapat turun beŕkerja untuk menyara keluarga kerana hujan yang panjang khususnya bagi penoreh getah.
“Amat malang lagi mereka tidak punyai persiapan bekalan untuk menghadapi banjir kerana harga getah yang sangat murah sekarang,”tambah beliau.