NegeriTerengganu

Khatan Beramai-ramai Kali Ke-32

MARANG: Satu majlis berkhatan beramai-ramai peringkat DUN Bukit Payong telah berlangsung di surau Madrasah Darul Iman (MDI), Titian Baru, Kedai buloh di sini semalam.

Majlis yang diadakan bagi kali ke 32 itu, mendapat sambutan luar jangka memandangkan terdapat ramai pendaftaran baru pada hari program itu, menjadikan bilangan peserta mencecah ke 96 orang kesemuanya.

Disebabkan itu, program terpaksa disambung pada hari ini (Ahad) kerana masih ada lagi permintaan dari ibu bapa bagi anak-anak mereka untuk turut menyertainya.

Program anjuran Lajnah Kebajikan Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payong itu mengenakan bayaran sebanyak RM50 seorang bagi anak-anak ahli Badan Kebajikan Dun Bukit Payong.

Manakala bagi bukan ahli pula bayaran sebanyak RM70 dikenakan dan untuk anak-anak yatim dan miskin, MTD menyediakan perkhidmatan itu secara percuma.

Peserta sebelumnya diarak menaiki kenderaan 4×4 mengelilingi sekitar Pekan Bukit Payung kemudian ke MDI dengan diiringi beberapa buah Vespa yang disertai oleh dari kalangan penduduk setempat.

Turut serta dalam program itu, ibubapa dan penjaga kepada peserta bagi menemani mereka yang akan menjalani ibadah wajib sebagai seorang muslim itu.

Hadir sama bagi meraikan dan merasmikan program berkhatan itu, Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, Adun Bukit Payong.

Beliau juga sempat meraikankan kanak-kanak ini untuk merasa gembira dan menghilangkan rasa gemuruh mereka sementara menunggu mereka dikhatankan, dengan memberikan mereka hadiah.

Acara tradisi membasahkan peserta dengan siraman air sebelum dikhatankan, turut dilakukan sendiri oleh Ustaz Mohd Nor, menceriakan lagi suasana yang turut dihadiri juga penduduk sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️