NegeriTerengganu

Pemuda PAS Mesti Lasak Umpama Tentera

KUALA TERENGGANU – Para Pemuda PAS mestilah ‘lasak’ dan menjadi ‘umpama tentera’ serta kekal dalam aktivisme bagi meneruskan istiqamah dalam perjuangan.

Menurut mantan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Subky Latif, ia akan dapat menarik golongan muda yang sukakan kepada pergerakan kepada PAS.

“kalau kepimpinan pemuda yang baharu boleh melakukan aktiviti seperti kepimpinan pemuda yang lalu, umpamanya (al-Marhum Dato’) Ustaz Abu Bakar Chik,

“pemuda akan ke hadapan (kerana) mereka telah melakukan sesuatu ‘yang tinggi’ (melonjakkan pemuda) sebagaimana kepimpinan pemuda yang lalu,”ujarnya.

Subky yang juga mantan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika ditemui berkunjung ziarah ke pejabat perhubungan PAS negeri Terengganu, selepas sehari sebelumnya menziarahi Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS, sempena Eidul Adha.

Katanya, para pemuda dan ahli seta penyokong PAS mestilah yakin dan meneruskan sokongan kepada ‘Kepimpinan Ulamak’.

“tugas kita……(para) Pemuda PAS adalah ‘tentera PAS’ (dan) kesetiaan kepada PAS perlu ada (dan) mesti ‘bulat’ (menyokong kepimpinan) ulamak, kita kena letak ulamak dihadapan dahulu,

“pemuda mestilah (melakukan ) aktiviti yang membuatkan orang muda 24jam memikirkan tentang (perjuangan Islam dan) PAS………kalau dia ada masa untuk memikir benda lain, nanti dia fikir benda lain lebih baik,”jelasnya.

Menurutnya, sebagai contoh Unit Amal boleh melakukan pelbagai kegiatan dalam masyarakat umpamanya memberikan khidmat membantu kerja-kerja gotong royong pada sesuatu majli kenduri perkahwinan.

Bahkan, kata beliau, Unit Amal wajar menawarkan khidmat kepada semua, walaupun kepada ‘orang-orang Umno’.

“kenapa Unit Amal tak menawarkan khidmat kepada orang Umno…..jumpa orang Umno…..orang Umbo nak kenduri……kita beritahu dia kita boleh kerja……..basuh pinggan, angkat hidangan,

“orang nak kenduri sekarang i…..kalau tak ada orang muda nak tolong…..tak ada (orang lain) yang akan tolong,”tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️