Presiden PAS Lawat Pusat Carian Anak Orang Asal Yang Hilang
KUALA TERENGGANU – Malaysia Emergency and Disaster Management (MEDM) atau lebih dikenali sebagai Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia telah mengadakan lawatan mengejut bersama Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke pusat operasi pencarian 7 murid sekolah Orang Asal yang hilang.
Menurut Pengarah Operasi MEDM Zon Timur Haji Zulkifli Md Yakim, kehadiran Tuan Guru Presiden ke lokasi Pusat Pencarian. di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang Kelantan disambut baik oleh para petugas.
“Penerangan terperinci telah diberikan oleh Ketua Polis Jajahan Gua Musang kepada delegasi lawatan yang mana,
“lawatan ini bertujuan memberikan semangat kepada petugas-petugas supaya tidak berputus asa,”ujar Zulkifli.
Turut sama dalam majlis taklimat yang diadakan adalah Ketua Polis Gua Musang, Ketua Operasi Angkatan Tentera Malaysia, BOMBA, JPAM, PPD dan Ketua Suku Sakat Orang Asal.
Haji Zulkifli berkata, lawatan tersebut melibatkan 18 kenderaan pancuan 4 roda dan memakan masa hampir satu setengah jam ke Pusat Pencarian tersebut dengan kekuatan seramai 60 orang, yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Muhammad Khalil, Yang DiPertua PAS (YDP) Gua Musang Ustaz Azman Ahmad dan TYDP Abdullah Hussin serta Timbalan YDP Pasir Putih Cikgu Yuganu Yunus.
“Disamping lawatan ke Pusat Pencarian, Tuan Guru Presiden dan rombongan sempat solat zohor di Surau Sekolah Kebangsaan Tohoi dan menunaikan solat hajat memohon kepada Allah SWT,
“agar kanak- kanak orang asli (yang hilang itu) ditemui secepat mungkin, setelah hilang sejak 23 Ogos yang lalu,”jelasnya.
Zulkifli yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kemaman berkata, walaupun berbeza agama keprihatinan kita sebagai warganegara Malaysia perlu dititik beratkan.
“dalam masa yang sama Tuan Guru sempat menyampaikan sumbangan kain dan bekalan makanan dan coklat kepada 165 keluarga orang asli dan kanak-kanak,”tambah beliau.
https://youtu.be/DkYPg72KvT4