NegeriTerengganu

HARAP 3.2 : PAS Terima Permohonan 4,000 Ahli Baharu

DUNGUN – Sempena Majlis Perasmian Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) PAS telah menerima 4, 198 borang permohonan keahlian baharu dari seluruh daerah di dalam negeri Terengganu.

Pengerusi Majlis YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika mengumumkan jumlah tersebut berkata, ia adalaj hasil kempen yang mengambil masa selama seminggu, sebelum penganjuran HARAP 3.2.

Katanya, Kawasan Dungun mencatatkan permohonan paling banyak, melebihi 1,000 orang.

“PAS Kawasan Besut 160 orang, Marang 180, Setiu 193, Kuala Terengganu 356, Hulu Terengganu 222, Kuala Nerus 392, Kemaman 905 dan Dungun 1,750 orang,”ujarnya.

Borang-borang tersebut telah diserahkan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat kepada Presiden PAS, Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sebelum itu, dalam ucapannya Satiful berkata kehadiran ramai golongan muda pada Himpunan tersebut menggambarkan sikap istiqamah ahli-ahli dan penyokong PAS Terengganu.

“saya tengok di hadapan saya (yang hadir pada malam) ini merupakan anak-anak muda yang merupakan pelapis perjuangan,

“alhamdulillah, kehadiran saudara saudari pada malam ini menggambarkan bahawa kita terus istiqamah bersama perjuangan Islam dan Parti Islam SeMalaysia (PAS),”ujarnya.

Beliau berkata, enam puluh peratus pengundi bukan sahaja di negeri Terengganu, bahkan diseluruh negara adalah terdiri daripada generasi muda.

Ditangan anak-anak mudalah, menurut beliau, masa depan negeri dan negara pada masa akan datang.

Disamping menyeru agar golongan muda itu mendaftar dan menjadi pengundi pada pilihan raya umum akan datang, ADUN Paka itu mengajak seluruh hadirin untuk bermunajat bagi kemenangan PAS di negeri ini.

“zahirkan diri kita…….bahawa kita bersama perjuangan PAS ini, ajaklah masyarakat untuk bersama perjuangan ini, daftarkan diri kita sebagai pemilih, untuk kita menjadi penentu kepada pemerintah yang akan datang,

“kita mengharapkan roh perjuangan sentiasa digarap dan berdoalah….bermunajatlah dan mintalah kepada Allah sungguh-sungguh, in sha Allah moga-moga Allah makbulkan (dan PAS memperolehi kemenangan),”tegasnya.

Majlis perasmian gilang gemilang itu diserikan dengan kehadiran mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim dan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali.

https://youtu.be/VvcquyF76Oo

https://youtu.be/6XZYKuUYFXs

https://youtu.be/ZwfKf55oslU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️