Awang Kijal Bawa Balik RM2,000 Kerana Ikan Dukang
Oleh : Mohd Tishaah Hamzah
KEMAMAN β Pertandingan Joran Merdeka 2015 anjuran DACS (Department of Arts Cultures Sport) Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) yang diadakan di Pantai Kuala Kerteh berjaya menarik hampir 200 peserta pagi ini.
Awang Kijal yang menaikkan ikan sembilang seberat 1295 gram muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala Naib johan dimenangi oleh Din Kerteh setelah berjaya menangkap ikan Dukang seberat 460 gram dan Mat Yie muncul tempat ke-3 dengan tangkapan ikan dukang seberat 340 gram.
Naib johan serta tempat ke-3 membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500.
Ir Khairi Nizam Khiruddin, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan merasmikan majlis penutup pertandingan.
[Gambar β Ir Khairi Nizam (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada Joha Jiran Merdeka 2015)]
Ketua Pemuda Pas Dun Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili turut menyampaikan hamper cabutan bertuah kepada peserta memancing.
Turut bersama memeriahkan majlis penutup ialah YM Raja Rizal Arif, Timbalan Ketua Penerangan dan Media, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dan ahmad zulkarami salleh selaku pengarah DACS Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.
Pada sessi pagi pimpinan pas kemaman, Yang Di Pertua, Ustaz Alias Abdul Hamid, Naibnya, Haji Zulkifli Mat Yakin, Setiausaha, Mohd Hafiz Adam serta Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood menemui dan bertanya khabar peserta memancing di sepanjang persisir pantai.
Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat serta Ketua Pemuda PAS DUN, Ir Saiful Azmi Suhaili tidak melepaskan peluang berjumpa dengan para pemancing serta keluarga mereka.
Ir Khairi Nizam juga turut menyampaikan Taujihat Kemerdekaan dari Dewan Pemuda PAS Pusat kepada hampir 100 orang pemuda bagi mengisi ilmu dan member kefahaman kepada para pemuda konsep dan erti sebenar sebuah kemerdekaan.
Pertandingan ini amat mendapat sambutan dari para pemancing yang kebanyakkannya membawa ahli keluarga mereka bersantai di pantai Kuala Kerteh sempena dengan cuti umum Hari Merdeka.