Nasib Generasi Muda Peneroka Terus Kelam
KUALA TERENGGANU – Tanggal 30hb Ogos 2015, sekali lagi warga peneroka diraikan jasa pengorbanan mereka dalam sektor pembangunan tanah negara berjumlah hampir 900 ribu hektar.
Menurut Ketua Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, ia membuktikan penat lelah mereka tidak boleh diperkecilkan dalam membangunkan lanskap sosio masyarakat di tanah air.
Zul Shawalludin Jusoh berkata, walaupun Terengganu terpilih sebagai tuan rumah sambutan tersebut, pihak Felda gagal memberikan pengiktirafan kepada 21 kawasan tanah racangan Felda di negeri ini.
“persoalan timbul kenapa tidak diadakan majlis yang dikhaskan bagi meraikan warga peneroka di kawasan tanah rancangan Felda? Stadium Tertutup Gong Badak terletak jauh ke persisiran pantai berbanding tanah rancangan Felda kebanyakannya berada jauh dipendalaman,”soal beliau.
Faktor itu katanya, memungkinkan pihak penganjur program itu ingin menutup kelemahan pihak mereka dalam isu projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) yang jelas masih menjadi tanda tanya bagi golongan muda anak peneroka.
“Sebagai contoh di Felda Bukit Bading dan Felda Chalok Barat, majlis pecah tanah untuk PGBF pada tahun 2014, kini kawasan projek tersebut telah dilitupi semak samun.
“Lebih membimbangkan, dalam keadaan ekonomi yang terus merudum, tawaran asal harga mampu milik (antara RM 90,000 hingga RM 150,000) akan meningkat akibat kenaikan kos pembinaan. Akhirnya inisiatif yang pada asalnya untuk golongan sasar hanya dimilikinoleh golongan tertentu sahaja,”jelas beliau
Justeru itu, pihak kerajaan terutamanya Felda, seharusnya merangka satu kaedah berkesan bagi tujuan pemerkasaan sosio ekonomi generasi muda felda. Usia 59 tahun kewujudan tanah rancangan tersebut langsung tidak mengambarkan kemajuan dari segi ekonomi mereka.
“Dengan kekuatan 317 gugusan tanah rancangan Felda yang telah dibuka merakumi 11 wilayah, sepatutnya kuasa ekonomi golongan ini seharusnya berada diantara yang terhebat dalam negara ini. Jalinan yang besar bisa menjadi kuasa penentu terhadap sistem ekonomi seterus menaiktarafkan warga peneroka.
“Namun sebaliknya yang terjadi, rata-rata peneroka felda dibebani dengan jumlah hutang yang terpaksa mereka tanggung hampir mencecah RM150,000 setiap peserta. Keadaan ini juga akan terpalit kepada anak-anak peroka yang berjumlah hampir 70 peratus masih mendiami tanah rancang tersebut,”tegas beliau.
Oleh itu, kata beliau, Pemuda PAS melihat, permasalahan ini harus ditangani oleh pihak Felda dengan sebaik mungkin kerana masih sangsi dengan pengumuman terbaru Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.
Zul Shawal berkata, pada pilihanraya kecil Rompin pada bulan Mei lalu Najib umum harga RM90,000 bagi skim jual beli seunit rumah di bawah projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) melibatkan keseluruhan 8,570 unit rumah projek itu di seluruh negara.
“Kelmarin Najib umum pula harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda berharga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit pula…..tapi sebaliknya dia kata harga baharu rumah yang boleh dibeli itu merupakan tambahan kepada pengumumannya sebelum ini,
“di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda membabitkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah,”ujarnya
Katanya, ia sangat mengelirukan sedangkan projek perumahan untuk generasi kedua di beberapa buah Felda di Terengganu seperti di D=Felda Bukit D=Bading, Felda Chalok dan Feld aTenang Besut, masih terbiar.
“Pengurusan hutang tersebut sepatutnya menjadi agenda utama Felda demi melihat pembangunan dan kerancakkan ekonomi dalam sektor utama perladangan sawit terus menjadi salah satu penyumbang kepada ekonomi negara,”ujarnya yang turut mengucapkan selamat menyambut Hari Peneroka Felda ke 59 kepada semua warga Felda.