Rahmat Ramadhan; 1000 Terima Bantuan ADUN Tepoh
KUALA NERUS – Seramai 1000 orang fakir dan miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh telah mendapat bantuan melalui program ‘Rahmat Ramadhan’.
Wakil rakyatnya, Ustaz Hishamuddin Abd Karim berkata melalui beberapa acara yang disusun golongan kufang berkemampuan tersebut telah menerima bantuan keperkuan harian.
“Alhamdulillah untuk bulan Ramadhan ini kita telah menganjurkan satu program yang kita namakan sebagai ‘Rahmat Ramadhan’
“Jadi di bawah ‘Rahmat Ramadhan’ ini ada beberapa agenda yang telah kita susun, antara yang besar sikit adalah pengagihan bantuan harian ataupun keperluan dapur untuk fakir miskin,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Iftar Perdana peringkat DUN trsebut yang diadakan di surau Gong Datuk dekat sini pada Selasa 7 Julai.
Katanya, seramai 1000 orang dari seluruh kampung dalam DUN, dari Felda Belara sehingga ke Mengabang Telipot telah menerima bantuan itu.
“Ia meliputi hampir semua cawangan-cawangan (kampung) yang ada dalam DUN Tepoh (dan) setakat hari ni, ada berbaki lebih kurang 2 atau 3 cawangan lagi yang belum kita selesaikan,”jelasnya.
https://youtu.be/Vc4GxD0MDwQ
Selain itu, kata beliau, DUN terbabit juga turut mengadakan program ‘Cakna Anak Yatim’ dan juga kebajikan untuk ahli-ahli serta kepemimpinan parti di peringkat cawangan.
Menurutnya, beliau berpuas hati dan menyifatkan sasaran yang usahakan, sebagai fokus pada bulan Ramadhan gahun ini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan ‘Tahmag Ramadhan’ dan berharap sumbangan itu dapat meringankan kehidupan warga Tepoh yang terbeban akibat GST serta kenaikan harga minyak.