Alumni dan PIBG SK Rusila Rai Anak Yatim, Fakir Miskin
Oleh : De-Fonso
MARANG โ Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang dan Kelab Bekas Pelajar (Alumni) sekolah berkenaan hari ini telah mengadakan program bersama anak-anak yatim dan fakir miskin bagi persiapan menyambut kedatangan bulan syawal tidak lama lagi.
Mereka seramai 51 orang murid dari tahun 1 hingga 6 telah dibawa ke pusat membeli belah di bandar Kuala Terengganu.
Bagi murid lelaki, sepasang baju melayu lengkap bersampin dan songkok, serta sepasang kasut dan sepasang kemeja dan jeans dibekalkan. Manakala murid perempuan pula sepasang baju kurung lengkap dengan tudung serta kasut dan sepasang telekung sembahyang.
Guru Penolong Kanan 1, Ustaz Azlan bin ali mengucapkan berbanyak terima kasih dan berharap program ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Timbalan Yang Dipertua PIBG, Sdr Abdul Hadi Mohammad berkata program ini merupakan agenda tahunan persatuan ini dan berharap selepas ini akan ramai lagi penyumbang-penyumbang yang akan tampil menghulurkan sumbangan seumpama ini
โTerima kasih saya ucapkan kepada seluruh penyumbang-penyumbang yang sudi membantu menjayakan program kali ini,
โTahniah buat guru-guru serta pemuda yang mengiringi murid-murid dan saya berharap akan ada lagi program yang akan diatur bersama Alumni selepas iniโ katanya selepas berakhir program tadi.
Turut hadir pada program sepagi dengan anak-anak yatim dan fakir miskin ini ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga ahli Alumni Sekolah berkenaan.