NegeriTerengganu

Tabung Darah; Kerjasana HSNZ Dan Yayasan Amal Terengganu Diteruskan

KUALA TERENGGANU – Yasayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu meneruskan untuk tahun 2015 ini sebagai rakan akrab kerjasama dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah khususnya unit tabung darahnya untuk misi mengumpul sebanyak mungkin darah untuk keperluan sepanjang ramadhan dan syawal di negeri ini pada tahun ini.

Menurut Pengerusinya Dr Suhazeli Abdullah, Sebagai sebuah NGO yang turut menerima anugerah penganjur teraktif kategori ngo pada sambutan hari darah sedunia peringkat negeri terengganu baru-baru ini, yamct brazam untuk membantu hsnz mencapai sasaran yang diletakkan pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 10% bag darah.

“Tahun 2014, daripada keseluruhan 14 buah masjid yang dijelajahi sebayak 634 bag darah berjaya dikumpulkan daripada para penderma,” ujar beliau lagi.

“Oleh itu, kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk sama-sama membantu menyumbang darah untuk program ini yang akan diadakan di masjid dan surau terpilih seluruh negeri Terengganu sepanjang ramadhan ini” tambah Dr Suhazeli lagi.

“Di kesempatan ini juga saya mewakili YAMCT mengucapkan salam ramadhan karim dan salam menyambut kegembiraan karnival ramadhan 1436 hijrah,”Jelasnya.

Menurutnya kempen derma darah pada kali adalah seperti, Jadual di bawah;

– 20/06 – Masjid Bt Buruk.– 21/06 – Titian Baru.– 24/06 – Masjid Ladang.– 28/06 – Chendering.– 29/06 – Instep.– 01/07 – Surau Ikhwan.– 04/07 – Pengadang Baru– 06/07 – Taqwa Bt l.Enam– 09/07 – Masjid Unisza– 10/07 – Masjid Rusila– 12/07 – Wakaf Tembesu– 15/07 – Kg. Batin.

Mohon siarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️