NegeriTerengganu

Transformasi Politik Gagal

DUNGUN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cik Alias Harun menyifatkan Ahmad Razif masih gagal dalam melakukan ‘Transformasi Politik’, sebagaimana yang terkandung dalam TTB.

Ketika ditemui selepas berakhirsatu program di Kampung Padang Pulut, Cikgu Alias Harun terkilan dengan ‘Cikgu Razif’ dan kerajaan BN Terengganu yang menafikan peruntukan kepada setiap ADUN.

Menurutnya, kalau dahulu MB bukan dikalangan warga pendidik yang mungkin tidak memahami denyut nadi rakyat, tetapi ‘cikgu Razif’ seharusnya berbeza dengan Dato’ Seri Ahmad Said.

“Sejak menjadi wakil rakyat pada PRU 13 yang lalu, saya biasa dengan aktiviti turun padang kerana saya lebih dekat dengan masyarakat, malah mereka tidak malu menyatakan permasalahan dihadapi.

“Hampir setiap hari saya akan pastikan untuk turun padang ke setiap kampong dengan harapan untuk mendekati rakyat secara lebih dekat disamping mendengar keluhan permasalahan mereka.

“Jika ada mereka yang sakit, kematian dan memerlukan bantuan kita melalui Pusat Khidmat ADUN Rantau Abang akan datang menziarah dan akan cuba menyampaikan apa yang patut untuk keperluan mereka,” ujar Cikgu Alias yang menggesa supaya hak yang sama rata diberikan kepada wakil rakyat termasuk wakil Rakyat PAS di Negeri Terengganu.

Kata beliau, peluang harus diberikan seimbang kepada mana-mana wakil rakyat yang telah diberi mandat untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Menurutnya, ia merangkumi hak dari pelbagai sudut seperti peruntukan untuk membangunkan kawasan yang dimenangi.

“Jika benar demokrasi diamalkan di negara ini sudah sampai ke tahap matang, kami menggesa hak seperti ini diberikan kepada wakil rakyat PAS,

“Ini adalah kerana rakyat yang telah membuat keputusan untuk memilih PAS menjadi wakil rakyat dan rakyat berhak mendapat pembangunan yang sama rata,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️