NegeriTerengganu

Rapatkan Saf, Kukuhkan Ukhuwah; Paksi Kemenangan Islam

SETIU – Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah memberi peringatan kepada semua perwakilan pemuda agar bersiap dengan segera bagi menghadapi pilihan raya umum kali ke-14.

Menurutnya, segala usaha perlu dibuat segera bagi memastikan PAS menang dan kembali ke Wisma Darul Iman.

“di hadapan kita….dua tahun lagi…..ialah tahun pilihan raya (umum kali ke-14), maka kita tidak boleh berlengah lagi……..sudah semestinya urusan pilihan raya menjadi keutamaan untuk mencapai sasaran kita iaitu lah kembali ke Wisma Darul Iman.

“hok yang kerja musim….jangan tinggal….usrahnya….tamrinnya……ini kerja asasi, tak perlu disebut dah,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Terenggan, di Kompleks Tarbiah Lukmah al-Hakim, Kampung Guntung di sini pada Sabtu 2 Mei.

Oleh itu, beliau menggesa para pemuda untuk melakukan semaksima mungkin dalam memberikan ‘saham’ kepada kerja-kerja untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Namun begitu, para pemuda perlu mematuhi dan melazimi ‘paksi kemenangan’ yang merupakan beberapa pra-syarat bagi mencapai kejayaan.

“kejarlah peluang yang diberi oleh Allah SWT ini…..kejarlah pahala yang dibeikan oleh Allah, rapatkan saf…..kukuhkan ukhuwah sesame kita…….In sha Allah ini adalah ‘paksi’untuk mendapat kemenangandari Allah,”tegasnya.

Beliau juga mengarahkan para pemuda untuk menguasai dunia internet dan ‘alam maya’ dengan menyebarkan maklumat berdasarkan hujah, bukan dengan fitnah.

Katanya, para pemuda mesti melawan fitnah yang dilakukan oleh para penggodam dan pasukan serangan Umno yang membelanjakan jutaan ringgit bagi tujuan tersebut.

“wajib (kepada) Pemuda (PAS) Terengganu khususnya menguasai ‘alam maya’ ini kerana sekarang ini jutaan ringgit dilaburkan oleh Umno untuk mengkaderkan para ‘hackers’ (penggodam),

“dan ‘cybertrooper’ (pasukan serangan) dia untuk sabotaj program kita, untuk sebarkan fitnah supaya kita ‘berlaga’ sesama sendiri,”ujarnya sebaik diberikan amanah sebagai Ketua Pemuda negeri untuk penggal kedua.

Beliau mengucapkan ‘syabas’ kepada semua pemuda yang telah meneruskan istiqamah dalam perjuangan dan menunggu sehingga ‘berlabuhnya’ Muktamar Pemuda Kali Ke-46 itu.

https://youtu.be/pxyr_6H5038

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️