PRK Rompin ; PAS Terengganu Kerah Seluruh Jentera
ROMPIN – PAS Terengganu akan menghantar seluruh jentera pilihan rayanya ke parlimen Rompin bagi membantu kempen calon yang bertanding, Ustaz Ahmad Nazri menghadapi Umno dan Barisan Nasional (BN).
Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, pilihanraya kecil (PRK) Rompin adalah amat penting kepada rakyat untuk memberi ‘signal’ (isyarat) kepada kepada kerajaan yang memerintah.
“dengan isu-isu yang ada, isu GST dan sebagainya, kita harap kita dapat menyampaikan mesej perjuangan kita. Sampaikan pada rakyat, sampai pada rakyat awan.
“Dan ia merupakan kesempatan terbaiklah untuk kita mengajak masyarakat supaya memberi ‘signal’ kepada kerajaan bahawa rakyat menolak GST,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Markaz Tarbiyah DUN Tioman pada Majlis Pelancaran Jentera PAS Terengganu, sebaik selesai proses penamaan calon di Pejabat Daerah Rompin, Rabu 22 April.
Menurutnya, usaha sedaya upaya dan membantu sebaik mungkin, akan dilaksanakan dalam masa berkempen bagi memenangi tiga Unit Peti Undi dalam DUN Tioman yang diamanahkan kepada PAS Terengganu.
Untuk itu, kata beliau, jentera PAS Terengganu akan bahagikan kepada tiga peringkat yang akan bertugas melalui tiga gelombang.
Katanya, terdapat kelebihan kepada kerja-kerja meraih undi di DUN terbabit memandangkan kebanyakkan penduduk setempat berasal dari negeri Terengganu.
“kita telah bahagikan kepada tiga peringkat , tiga gelombang (kedatangan petugas) dan berdasarkan persekitaran (DUN Tioman) ini yang kebanyakannya adalah orang (berasal) Terengganu yang tinggal dalam UPU ini,
“kita rasa dapat memudahkan untuk kita berhubung dengan mereka untuk sama-sama bagi sokongan. Dan juga UPU Kawasan Tioman ini ialah UPU yang berpotensi,”jelasnya,
Justeru itu, beliau mengharapkan para petugas daripada Terengganu dapat memberi komitmen untuk membantu sehingga pada hari penamaan calon.
Selain itu, beliau mengingatkan para petugas agar tidak lupa untuk bermunajat dan berdoa, memohon pertolongan dari Allah SWT.
“kita harap juga semua lapisan masyarakat (di sini), ahli kita…….. pendokong kita, supaya membanyakkan munajat kepada Allah. Kerana pilihanraya ini juga besar, juga penting pada kita,
“walaupun ia merupakan kubu kuat pada Umno……..tapi jika sekiranya rakyat memberi peluang pada kita, ia merupakan kemenangan yang besar dalam perjuangkan apa yang kita perjuangkan selama ini……..jadi saya ucapkan terima kasih pada semua yang sudi hadir pada hari ini,”kata beliau