Pembangunan Tidak Boleh Kesampingkan Undang-undang
KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK serta beberapa orang penduduk setempat, hadir sama pada sidang media yang diadakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas, Haji Salleh Embong
Beliau menyokong hasrat Ganti untuk menjadi penganjur dailog antara penduduk Kampung Banggol Donas dengan MB Terengganu.
Katanya, ia adalah sangat baik bagi mewujudkan kehendak politik (political will) untuk menyelsaikan isu tersebut yang telah lama berlanjutan
https://youtu.be/xjR1c6J6Nvo
Kata beliau, rakyat bukanlah menolak pembangunan tetapi untuk itu, undang-undang dan pertauran tidak boleh dikesampingkan (compromise).
“kita ini bukan anti pembangunan tetapi kita tidak boleh kompromikan undang-undang dalam pembangunan…..itu sahaja isunya,
“kita nak (mesti) pastikan pembangunan mengikut lunas undang-undang dan semua orang akan gembira,”ujarnya
Kes tanah berkenaan masih dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 11 Mac lalu.
Pada 13 April lalu, pelbagai pihak NGO dan pemimpin masyarakat setempat termasuk wakil-wakil rakyat dan pemimpin politik bersolidariti bersama penduduk di Kampung Banggol Donas, bagi mempertahankan hak rakyat tertindas.
Berita sebelum ini :
Mengapa Razif Tidak Turun, Selesaikan Kes Tanah Banggol Donas