Pesuruhjaya PAS Terengganu Arah Tingkat Usaha Bantu Mangsa Banjir
– disamping berdoa kepada Allah SWTKUALA TERENGGANU – PAS negeri Terengganu mengerahkan seluruh jentera kebajikan dan Unit Amal bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terjejas kerana bencana itu.
Pesuruhjayanhya YB Ustaz Satiful bahri Mamat berkata Jawatankuasa Bertindak Banjir PAS diarahkan memaksimakan usaha menyalurkan bantuan dan meningkat jumlah tenaga petugas.
“Keadaan banjir di Terengganu semakin teruk, hujan masih berterusan……kawasan yang parah adalah Kemaman khasnya DUN Air Putih,
“Kampi pihak PAS (jentera) kebajkan dan Unit Amal bersedia memberi bantuan semampu yang kami dapat,”ujarnya
[Gambar – keliling Pusat khidmat DUN Chukai digenangi air banjir]
Beliau yang juga ADUN Paka, turut menasihati penduduk yang berada dalam kawasan dinaiki air agar berhati-hati dan menghubungi pusat bantuan segera apabila keadaan memerlukan.
Sehubungan itu Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali mengajak seluruh rakyat melakukan munajat dan berdoa epada Allah SWT, ketika saat seperti sekarang, di kala berhadapan musibah banjir
“Dalam keadaan hujan yang turun tanpa henti sehingga menyebabkan banjir besar berlaku di Kuantan, Kemaman dan Dungun sekarang saya mencadangkan untuk semua mangsa banjir membaca doa-doa berikut yang sabit daripada Rasulullah saw dan juga al-Quran untuk dibaca di kala berhadapan musibah dan kesukaran,”ujarnya
Doa-doa tersebut, adalah seperti dibawah;
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَاYa Allah jadikanlah ia hujan yang menimpa sekitar kami bukannya ke atas kami
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًاYa Allah jadikan ia hujan lebat yang memberi manfaat
حَسْبِيَ اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ”Cukuplah Allah bagi diriku dan Dialah sebaik-baik tempat menyerah diriSurah Aali Imran ayat 173
Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun dalam surah al-Anbiya ayat 87:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Tiada Ilaah yang ditaati melainkan Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku tergolong kalangan orang yang menzalimi diri