Presiden PAS Turun Padang Ziarah Mangsa Banjir Di Kemaman
KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Abdul Hadi Awang turun padang melawat mangsa-mangsa banjir di Kawasan Kemaman pada hari ini.
Menurut Pembantu Khasnya, Zaihan Daud, Ustaz Hadi bertolak dari rumahnya, di Rusila pada jam 12.00 tengah hari, Khamis 5 Disember.
“Tok Guru turun pada jam 12 tenhahri tadi dan dijangka sampai ke Kemaman sekitar jam 2.00 petang,
“beliau akan menziarahi mangsa-mangsa dan kawasan terjejas banjir di sekitar DUN Chukai dan DUN Air Putih,”ujarnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Jalan Sultan Omar dekat sini.
Kata Zaihan, Ustaz Hadi akan menghabiskan masa di kawasan tersebut selama empat jam sebelum bertolak pulang.
Ketibaan Ustaz Hadi disambut oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Abdul hamid dan Pengarah Jawatankuasa tindak banjir PAS Kemaman Haji Zulkifli Mat Yakim dan ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat.
Bilik Gerakan Banjir Kemaman melaporkan, Ustaz Hadi diiringi para pimpinan tersebut serta petugas melawat Bukit Mentuk dan DUN Air Putih, selepas singgah dibeberapa lokasi di dalam DUN Chukai.