Kepimpinan Baru Pemuda PAS Terengganu
Mesyuarat Agong Kali Ke-44 Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan Hulu Terengganu menyaksikan perubahan dalam kepimpinan utama sayap PAS itu.
Ustaz Kamaruzaman Abdullah, yang sebelum ini menjawat Naib Ketua dipilih dan dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri yang baru.
Kepimpinan beliau dilihat menjadi lebih mantap bagi persiapan menghadapi piliharaya umum kali ke-14 apabila Ustaz Kamaruzaman diapit oleh dua tokoh pemuda, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim sebagai Timbalan dan Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi sebagai Naib Ketua.
Ustaz Kamaruzaman menggantikan penyandang jawatan utama Pemuda PAS Negeri itu apabila YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mencapai tahap umur 40 tahun.
Manakala penyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda YB Ustaz Ridzuan Hashim turut melepaskan jawatannya kerana faktor usia yang sama.β berita lanjut menyusul