NegeriTerengganu

Silap, Kalau Dakwa Masjid Lama Jabi Tak Ada Tauliah

SETIU – Mana-mana pihak yang mendakwa ‘masjid lama Jabi’ mendirikan solat Jumaat ‘kedua’ disamping masjid Jabi diminta memperbetulkan dakwaan tersebut.

Pengerusi masjid itu, Tengku Nawawi Tengku Abdul Kadir berkata masjid lama Jabi yang juga dikenali sebagai masjid ‘al-Ihsan al-Idrisi’ adalah bertaraf sebuah ‘Masjid Lama’.

Beliau berkata, ia merupakan antara masjid yang mempunyai tauliah untuk didirikan solat Jumaat dalam Dun Jabi.

“Adalah kesilapan fakta sebenarnya sekiranya ada dakwaan yang menyebut, antara masjid yang mengadakan solat Jumaat tanpa tauliah adalah Masjid Lama Jabi.

“Sebarang maklumat yang diperlukan berkenaan perkara berkaitan, mohon dirujuk terus kepada saya.”tegas Tengku Nawawi yang mesra dipanggil Pak Ku Nawi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program gotong royong ahli jamaah masjid lama Jabi dan masyarakat setempat bagi ‘menaikkan’ lantai masjid tersebut.

Menurutnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, air banjir yang melimpah, membasahi ruang solat masjid dan merosakkan peralatan di dalamnya.

“pihak Jawatankuasa Masjid telah membuat keputusan untuk meninggikan aras lantai masjid ini kira-kira 1 kaki dari paras asal, segala kerja-kerja dilakukan dengan gotong royong ahli jamaah masjid yang turut disertai masyarakat setempat.

“biayanya juga dengan derma dari orang ramai,”jelasnya.

Beliau memaklumkan, pada hari Jumaat setiap minggu limpahan orang ramai yang menjadikan masjid ini tempat untuk menunaikan fardhu Jumaat.

Kerja gotong royong yang bermula pada hari Jumaat 5 Oktober adalah dibuat secara berterusan sehingga semua kerja-kerja mengganti lantai baru selesai.

Turut sama hadir dalam program tersebut adalah Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Jabi, Dr Azman Ibrahim.

Beliau yang Ketua Peneranga PAS Setiu berharap, apabila latai masjid tersebut ditinggikan, air banjir musim tengkujuh yang bakal menjelang tahun ini tidak akan lagi menyebabkan kerosakkan kepada permaidani dan peralatan masjid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️