Ijtimak Tarbawi 3.0; Persiapan Mantap Pemuda Hadapi PRU-14
KUALA TERENGGANU – Ijtimak Tarbawi 3.0 tahun 2013 Pemuda PAS Malaysia, yang sedang berlagsung di di Ma’ahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Kundang, Muar Johor, memupuk semangat yang tinggi kepada para pemuda PAS bagi meghadapi pilihanraya Umum Kali Ke-14 akan datang.
Program tahunan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) itu, merupakan ‘penyegaran’ bagi membentuk kesatuan fikrah, kesatuan hati dan kesatuan di dalam tindakan melaksanakan gerak kerja.“ia menjadi satu pengalaman tarbawi dan memupuk semangat yang tinggi kepada p
ara pemuda untuk bekerja dan berjuang dengan lebih kuat, bagi menghadapi Umno dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Kali Ke-14 aka datang,
“ia merupakan ‘penyegaran’ kembali semangat dan tindakan para pemuda membina syakhsiah hasil dari kesatuan fikrah, hati dan gerak kerja, menjadi lebih mantap menghadapi cabaran tarbiyah, dakwah dan siasah,”ujar Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terengganu, ketika dihubungi
Beliau berkata, seramai 200 orang kepimpinan utama Pemuda PAS dari Kawasan-kawasan negeri Terengganu hadir dan menekuni setiap program, ucapan dan amanat para pemimpin pemuda dan PAS peringkat pusat.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Malaysia, Ustaz Riduan Mohd Noor menyifatkan Ijtimak tahunan kali ketiga anjuran DPPM itu sebagai program tajdid, mempersiapkan fikrah para pemuda yag mampu ‘mecetak kader’ dakwa yang komited untuk perjuangan Islam.
Beliau yang telah bersama gerakan pemuda PAS selama 20 tahun berkata, perubahan ketara dapat dilihat di negeri-negeri bukan ‘front’ PAS terutamanya di kawasan Panytai Barat Semenanjung.
Katanya, percambahan sekolah-sekolah agama yang ‘tumbuh’ begitu banyak terutamanya di negeri Johor memberi satu petanda yang baik untuk gerakan Islam di Maaysia.
“Usaha para ulama menyuburkan pusat pendidikan dan tarbiyah juga wajar dijadikan agenda utama gerakan kebangkitan anak muda masa depan,”jelasnya