Safuan dan Ayahnya Ceria
MARANG – Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Teregganu Haji Yahaya Ali diiringi oleh Bendahari M. Shukrimun Shamsuddin dan Setiausaha PAS Kawasan Marang Hassan Jusoh telah menziarahi keluarga peserta Himpunan Bersih 3.0 Mohd Safuan.
Ziarah pemimpin PAS negeri itu disambut ceria oleh Safuan dan bapanya Mohamad@ Nordin, dirumahnya di Mercang dekat sini pada Khamis, 3 Oktober.
Dalam kunjungan tersebut, Haji Yahaya yang juga Yang DiPertua PAS Marang turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban Safuan dan keluarganya.
“PAS negeri mengucapkan syabas kepada beliau dan ayahnya kelihatan ceria dan bersemangat, walaupun beliau telah didakwa oleh mahkamah dan dihukum penjara dua tahun dan denda sebanyak RM5,500,
“kes beliau masih dalam proses rayuaan dan beliau telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM9,000, InsyaAllah sumbangan BPPNT cukup untuk menampung denda tersebut dan ditambah dengan sumbangan dari PAS Kawasa Marang,”ujar Bendahari PAS, M. Shukrimun Shamsuddin.
Menurutnya, Safuan yang terlibat dalam Himpunan Bersih, yang menuntut proses pilihanraya yang bersih dan adil adalah satu usaha PAS dalam menegur pemerintah.
“ia merupakan satu amalan ‘amar makruf dan nahi mungkar’ yang dituntut dalam Islam,” tambah Shukrimun.
Katanya, PAS negeri mengucapkan terima kasih kepada pihak PAS Kawasan Marang dan PAS MTD Pengkalan Berangan yang telah banyak membantu Safuan dan keluarganya sebelum ini, memandangkan kes beliau dikendalikan di Kuala Lumpur.