Isyarat Positif Kepada Che Long, PAS
Selepas melawat enam pusat mengundi, Pengurus Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut Haji Hanafiah Mat berkata isyarat yang menunjukkan sokongan positif dari para pengundi kepada calon PAS, Che Long amat jelas kelihatan.
“setelah kita melawat enam peti undi kita dapati dari isyarat yang ditunjukkan oleh para pengundi sangat baik, (melalui) wajah mereka dan gerak badan mereka memberikan maklum balas yang baik,
“walaupun pengundi-pengundi hadir mendaftar di pondok BN, namun 16:16 itu meniti dibibir mereka, isyarat dan gerak mulut ternyata mereka undi PAS,” “ujarnya ketika dihubungi.
Beliau yang bersama mengiringi Che Long bermula dari SK Kampung Baharu awal pagi, mengakhiri pusingan pertama di SK Bukit Puteri dan berhenti untuk solat dan rehat seketika sebelum meneruskan lawatan untuk pusingan kedua.
Menurutnya pusat-pusat mengundi yang telah dilawati adalah, SK Kampung Baharu, SK Kampung Nangka, SK Sri Nail, SMK Kuala Besut, SK Alor Peroi dan SK Bukit Puteri.
Sehingga 11.00 ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan kira-kira 45 peratus mereka yang telah keluar mengundi, namun SPR mensasarkan lebih 75 peratus yang akan keluar mengundi sehingga jam 5.00 petang nanti.
Haji Hanafiah turut memaklumkan, Che Long akan menunggu keputusan penjumlahan undi di Markaz Besar PAS PRK Kuala Besut petang ini.